KUALI | Trending

[V] Wanita terberanak dalam kereta ketika makan kurma, rupanya ramai ibu makan tamar nak mudah bersalin

Lead Image

KELAHIRAN bayi dalam keadaan tidak dijangka bukanlah sesuatu yang asing.

Situasi sama turut terjadi kepada wanita ini yang tidak menyangka akan menyambut bayinya tanpa sempat tiba di hospital.

Katanya, sebelum bersalin dia sempat menikmati beberapa biji kurma di dalam kereta.

Perkongsian kisah ini menjadi tular di media sosial dan mencetuskan perbincangan apabila ramai mengaitkan kurma dengan proses kelahiran.

Dalam perkongsian di TikTok, Puterryezzah berkongsi detik-detik kelahiran bayi perempuannya yang disifatkan begitu mudah.

"Suami tengah 'drive', saya pula tengah kunyah kurma tiba-tiba dia (bayi) terus meluncur jatuh dekat kaki. 

"Saya tengok je, akhirnya suami yang kena berhenti tepi jalan dan dukung bagi dekat saya," kongsinya.

Susulan video kejadian berdurasi 24 saat itu tular, ramai mula bertanya sama ada dia ada mengamalkan tip atau petua untuk memudahkan proses bersalin.

Kurma mengandungi gula semula jadi seperti glukosa, fruktosa, dan sukrosa.

Menurutnya, dia makan kurma secara konsisten, bangun awal pagi, bergerak aktif sepanjang hari, termasuk berjalan dan melakukan senaman ringan.

Dalam kes ini, wanita itu hanya mengalami koyakan kecil dan menurut doktor luka tersebut tidak memerlukan jahitan serta akan sembuh secara semula jadi.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa pengguna turut berkongsi pengalaman serupa.

"Sama macam saya juga sis, petang tu makan kurma sebab rasa sakit sangat dekat bawah. 

"Tepat jam 11 malam air ketuban terus pecah! Saya pula boleh siap lari pergi dekat nurse masa tu sampai sekarang saya pun pelik macam mana boleh larat lagi berjalan.

Antara perkongsian pengalaman warganet mengenai amalan makan kurma bantu memudahkan proses bersalin.

"Lepas tu terus diaorang tolak masuk untuk 'czer'. Alhamdulillah sekarang dah 3 tahun lebih dah anak saya," antara komen netizen.

Pengguna lain turut berkongsi kisah mereka dan rata-rata percaya kurma dapat membantu memudahkan proses bersalin.

"Sama kes macam saya masa bersalin anak nombor lima, petang tu sakan makan kurma dalam 'labor room', tiba-tiba rasa sakit perut macam nak berak. 

"Minta dekat 'midwife' nak pergi tandas sekejap tapi dia tak bagi turun katil dah. Sekali tengok haaa kepala 'baby' dah terjojol! Nasib baik tak sempat pergi 'toilet' kalau tidak naya juga.

MENARIK DIBACA:Kurang rasa haus ketika puasa, betul ke garam celtic ada magis? Ini fakta anda perlu tahu

MENARIK DIBACA:Mulut bau bangkai walaupun jaga kebersihan oral, hati-hati 5 penyakit ini boleh jadi punca

"Sebenarnya kurma bagus untuk 'escalate labour' and 'natural induces'. 

"I 'ate' kurma banyak before bersalin, anak keluar 'smooth' dan tak ada koyak langsung.

"Maybe that's why hikmahnya juga Allah suruh Siti Maryam (ibu Nabi Isa AS) goncang pohon tamar and makan sebab untuk mudahkan bersalin," kongsi warganet lain.

Wanita yang mengamalkan kurma mengalami pembukaan serviks yang lebih besar.

Dr Zubaidi Hj Ahmad yang merupakan seorang doktor perubatan juga ada berkongsi amalan mengamalkan kurma selama dua bulan membantu proses melahirkan anak.

Jelas Dr Zubaidi, wanita yang mengamalkan kurma mengalami pembukaan serviks lebih besar ketika dimasukkan wad berbanding wanita yang tidak mengamalkan kurma. 

Kelahiran secara spontan berlaku pada 96 peratus wanita yang mengamalkan kurma, jadi penggunaan prostin/oxytocin untuk meransangkan kontraksi rahim dan pembukaan serviks adalah kurang berbanding 78 peratus wanita yang tidak amalkan kurma.

"Purata masa untuk pembukaan serviks yang sempurna bagi tahap pertama bagi wanita yang mengamalkan kurma lebih pendek dari wanita tidak mengamalkan kurma", katanya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

8 makanan di bazar sering 'scam' pembeli, cantiknya cuma luaran

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Peniaga bebas jual makanan warna warni, pengguna beli tak fikir risiko... KKM diminta lebih tegas

Terhangat