Tak tepati standard, netizen ramal banyak bazar akan gagal jika disyaratkan ambil sijil halal
BAZAR Ramadan sering menjadi ‘penyelamat’ buat umat Islam khususnya golongan bekerja yang tidak sempat menyediakan juadah berbuka di rumah.
Namun di sebalik kemeriahan dan lambakan pilihan juadah di bazar, timbul pula persoalan mengenai tahap kebersihan serta pematuhan standard halal yang diterapkan dalam kalangan peniaga.
Perkara itu dibangkitkan seorang individu di laman Threads yang mendakwa rata-rata gerai di bazar gagal mematuhi standard pensijilan halal ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurutnya, ramai yang menganggap halal hanya berkaitan sumber bahan mentah semata-mata, sedangkan skopnya jauh lebih luas merangkumi aspek kebersihan, keselamatan makanan, kawalan pencemaran silang dan prosedur pengendalian yang betul.
"“Unpopular opinion: Majoriti gerai dekat bazar, tak akan lepas pun standard halal Jakim.
"Ternyata mereka masih jahil tentang pengendalian serta keselamatan dan kebersihan makanan. Halal Jakim bukan sekadar halal dari segi Islam. Malah bersih dan selamat untuk dimakan.
MENARIK DIBACA: Influencer maut lepas buat 'konten' makan ketam beracun, tangkap di hutan bakau
MENARIK DIBACA: Bufet licin 10 minit lepas waktu berbuka... Hotel kedekut atau tetamu tamak? -"Mindset kata aku bayar mahal"
“Korang tu jual makanan untuk orang makan, bukan untuk makan sendiri,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pandangan tersebut dan berkongsi pengalaman masing-masing melihat sendiri amalan kurang memuaskan di gerai-gerai di bazar Ramadan.
Malah ada yang berterima kasih kepada pengguna tersebut kerana akhirnya mengetengahkan perkara ini di media sosial.
"Terima kasih kerana menekankan tentang isu ini. Halal bukan tentang daging semata-mata," kata seorang pengguna.

Antara isu yang dibangkitkan ialah kegagalan mendapatkan suntikan tifoid bagi perniaga terutama mereka yang mengendalikan makanan.
“Berapa ramai yang ambil suntikan tifoid? Patuh standard kebersihan, faham zon bahaya makanan, buat kawalan haiwan perosak dan jaga tempoh hayat produk.
"Gagal satu daripada perkara ini pun sudah cukup. Tak perlu sembang panjang tentang sumber bahan mentah lagi.
"Betul, benda paling 'basic' iaitu 'storage' makanan pun dah ramai yang gagal," antara komen netizen.
Dalam pada itu ada juga yang mengaitkannya dengan penetapan syarat permohonan sijil halal Jakim.
"Halal mungkin senang, toyyiban (baik dan bersih) mungkin susah sikit.
"Gerai di bazar tak cukup syarat nak mohon sijil halal. Memang tak layaklah walaupun jual makanan halal.
"Apa pun pilihan di tangan pengguna. Nak beli yang tak ada sijil halal, belilah. Nak beli yang ada sijil halal saja pun, belilah. Nak beli dari yang tak halal langsung pun, belilah tak ada siapa larang," komen netizen lagi.
Walaupun tidak semua peniaga bersikap sambil lewa dan ramai juga yang menjaga kebersihan dengan baik, perkara ini sekurang-kurangnya akan membuka mata mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan.
