[V] Dipaksa belajar masak sejak remaja, didikan tegas ibu buat Adriana Adnan bersyukur... Sekarang hari-hari masak untuk suami
BERGELAR anak perempuan tunggal dalam keluarga, pelakon dan pengacara Adriana Adnan tanpa berselindung pernah dipaksa belajar memasak oleh ibunya yang juga hos, Datin Zamzarina Zambri sejak remaja.
Walaupun tanpa kerelaan hati, namun Adriana, 30, terpaksa akur memandangkan ibunya seorang yang tegas dan pantang melihatnya bersenang-senang tanpa melakukan perkara berfaedah.
Namun Adriana bersyukur kerana paksaan Zamzarina membuatkan dia tidak kekok memasak malah kini setiap hari ke dapur menyediakan hidangan buat suami, Harez Hazim Hazrin.

"Sejak dibangku sekolah menengah lagi saya sudah dipaksa ibu untuk belajar memasak, memandangkan saya satu-satunya anak perempuan tunggal dalam keluarga.
"Ibu saya pula memang tidak suka lihat anak perempuan dia bersenang-lenang menonton televisyen, mesti ibu akan panggil saya ke dapur bantu dia memasak.
"Walaupun ketika itu saya terpaksa belajar memasak tanpa rela, namun itu yang membuatkan saya pandai masak pada hari ini," ujarnya kepada Kuali.
Bercakap tentang rutin pemakan hariannya pula, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Suri Hari Mr. Pilot itu telah mengamalkan program diet intermittent fasting atau IF sejak enam tahun lalu.
MENARIK DIBACA: Basuh wajah dengan air kelapa banyak manfaat, hilang parut jerawat dan kekal awet muda
MENARIK DIBACA: Sisik ikan jangan dibuang! Teefoodd kongsi resipi buat jeli, kaya kolegan untuk cantikkan kulit
Kata Adriana, dia akan berpuasa selama sekurang-kurangnya lapan jam sehari bukan sahaja untuk menjaga bentuk tubuh tetapi juga kesihatan.
"Biasanya saya akan 'skip' sarapan pagi dan terus ambil makan tengah hari, kemudian makan malam lebih awal.
"Selama lapan jam itu saya akan makan apa sahaja namun dalam kuantiti sedikit.
"Kemudian waktu malam saya tidak makan sehinggalah keesokkan harinya," ujarnya.