info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Gigih giling cili, sambal ikan bilis Villatic Foods buat orang Malaysia terliur

Lead Image

SELEPAS sajian nasi lemak dan cekodok pisang berempah, pembuat konten masakan terkenal dari India, Villatic Foods kembali mencuri perhatian peminat dari Malaysia dengan resipi sambal ikan bilis.

Sambal ikan bilis yang dihasilkan diihat sangat menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak sepenuhnya dengan cara tradisional menggunakan batu giling.

Sambal ikan bilis sememangnya antara hidangan tradisional yang tidak pernah lekang dek zaman. 

Menu pembuka selera ini memang sesuai dinikmati bersama nasi lemak, nasi putih, roti mahupun sebagai pelengkap pelbagai hidangan lain termasuk gorengan.

Ikuti langkah penyediaan mudah ini untuk menghasilkan sambal ikan bilis yang enak, wangi dan pasti menambat selera seisi keluarga.

Villatic Foods sebelum ini pernah menarik perhatian penonton Malaysia dengan menu nasi lemak dan cekodok pisang berempah.

Bahan-bahan

  • Ikan bilis (dicuci bersih)
  • Cili kering (rendam air panas)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Halia (halia)
  • Serbuk cili
  • Air asam jawa
  • Serbuk ketumbar
  • Garam

MENARIK DIBACA: Isteri pelik suami suka sangat sotong dalam tin, ramai tampil mengaku peminat tegar - "Ketagih dari kecil"

MENARIK DIBACA: 7 tip, pantang larang masak sotong celup tepung! Salutan rangup, tak tertanggal

Langkah penyediaan

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Gaul ikan bilis yang digoreng tadi bersama garam dan serbuk cili secukupnya. Ketepikan.
  3. Kisar cili kering yang telah direndam air panas bersama segenggam ikan bilis goreng, halia dan bawang putih sehingga halus.
  4. Panaskan minyak, masukkan hirisan bawang besar dan tumis sehingga layu.
  5. Masukkan bahan yang dikisar halus lalu kacau sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan 1 mangkuk air asam jawa bersama serbuk ketumbar.
  7. Masukkan baki ikan bilis goreng dan perasakan dengan garam secukupnya.
  8. Kacau sambal sehingga sebati.
  9. Siap untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Mantap cendawan goreng petai, aromanya buat perut kenyang jadi lapar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Nikmat colek gula Melaka sukar diungkap, ramai ulang buat berkali-kali

Terhangat