info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Pemilihan belacan perlu tepat, 'kunci' sayur kangkung tumis sedap tahap maksimum

Lead Image

KALAU menikmati nasi bersama aneka lauk, memang tidak lengkap hidangan jika tiada sayur dan salah satu sajian yang menjadi kegemaran ramai adalah kangkung tumis belacan.

Bayangkan aroma kangkung tumis dengan rasa sedikit pedas, pasti akan membangkitkan selera sesiapa sahaja.

Rahsia keenakannya sudah tentu terletak pada pemilihan belacan yang tepat kerana inilah kunci utama untuk menaikkan rasa dalam sajian ini.

Belacan kepal sering menjadi pilihan kerana ia lebih segar, aromanya lebih kuat dan cepat naik bau apabila dibakar atau ditumis.

Memang sesuai untuk mereka yang mahukan rasa belacan lebih menyerlah.

Jom Kuali kongsikan cara penyediaannya:

Hidangan nasi putih bersama lauk masakan Melayu tidak lengkap tanpa juadah kangkung tumis belacan.

Bahan-bahan:

  • 1 ikat kangkung 
  • 2–3 ulas bawang putih 
  • 1–2 sudu besar belacan kepal
  • 3–5 tangkai cili padi 
  • 1–2 sudu besar sos tiram
  • Minyak 
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

MENARIK DIBACA: Telur dadar kedai Thai memang sedap lain macam, bancuhan bersama air soda dan kicap bukit rahsianya

MENARIK DIBACA:Tak payah guna serbuk perasa, tumbuk campuran bahan-bahan ini cukup buat nasi goreng bertambah sedap

Cara penyediaan:

  1. Bakar belacan kepal sekejap atas api sampai naik bau untuk memberikan rasa lebih sedap.
  2. Tumbuk atau kisar bawang putih, cili padi, belacan jadi pes.
  3. Panaskan minyak, tumis pes tadi sampai naik bau wangi dan sedikit garing.
  4. Masukkan sedikit air dan sos tiram.
  5. Masukkan kangkung, gaul sekejap menggunakan api besar.
  6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  7. Masak tak perlu lama cukup satu hingga dua minit saja supaya kangkung kekal rangup. Siap dihidang.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Wanita ajar cara buat roti canai lembut, anak lebih berselera berbanding makan di kedai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Keropok lekor 'homemade' guna ikan bilis, nasi sejuk... Nikmat makan dengan sos Thai

Terhangat