info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Daging dah biasa... Cuba makan nasi lauk lidah lembu goreng berlada, pasti bertambah

Lead Image

SEMPENA sambutan Aidiladha, selain daging dan tulang, lidah lembu juga boleh dijadikan hidangan istimewa yang membangkit selera.

Teksturnya yang lembut selepas direbus dan digoreng bersama cili kisar menjadikan menu lidah lembu goreng berlada ini begitu enak dengan gabungan rasa pedas, aroma wangi dan sedikit rangup.

Hidangan unik ini pasti memberi kelainan buat tetamu anda yang ingin menikmati sajian daging korban.

Lidah perlu direbus terlebih dahulu sehingga empuk.

Bahan-bahan

  • Lidah lembu (dibersihkan)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 helai daun limau purut
  • 1/2 biji bawang besar holland
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 tangkai merah (dihiris)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak
  • Air

MENARIK DIBACA: Jepun berdepan krisis pengeluaran matcha, harga dijangka melambung

MENARIK DIBACA: Mak-mak kalau di dapur jangan tergopoh-gapah, amal 7 doa ini ketika memasak

Langkah penyediaan

  1. Rebus lidah lembu yang telah dibersihkan selama 20 hingga 30 minit sehingga empuk.
  2. Siat kulit lidah lembu yang telah direbus tadi dan hiris nipis.
  3. Gaul hirisan lidah lembu tadi bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya sehingga rata lalu goreng sehingga separuh garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  5. masukkan cili kisar dan masak sehingga pacah minyak lalu masukkan sedikit air.
  6. Masukkan serai, daun limau purut dan sos cili lalu gaul sehingga rata.
  7. Akhir sekali, masukkan lidah goreng dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.
  8. Setelah digaul rata, masukkan bawang besar holland dan cili merah.
  9. Siap untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Cara buat roti jala guna sukatan cawan... Tekstur lembut, tak putus ketika 'dijala' di kuali

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Bosan asyik menu sama? Cuba buat semur daging, sajian Betawi dengan sentuhan Belanda

Terhangat