[V] Sarapan ringkas, protein tinggi! Resipi salad Bot Timun Telur dan Tuna siap dalam 5 minit
BUAT yang mencari idea sarapan cepat disediakan tetapi tetap menyihatkan, boleh cuba resipi ringkas salad bot timun telur dan tuna.
Menggabungkan kelazatan isi tuna yang kaya protein, kesegaran timun dan kelembutan telur serta masam limau kasturi, resipi enak ini sesuai dinikmati seisi keluarga.
Kandungan timun rendah kalori, tinggi kandungan bercampur dengan tuna kaya sumber protein tanpa lemah dan omega 3, menu lengkap ini membantu memulakan hari anda dengan penuh tenaga.
Cubalah resipi senang ini, kalau ada kerajinan menu ini juga enak dinikmati bersama secawan kopi hangat sebelum memulakan hari anda!
MENARIK DIBACA: Siapa kata ibu baru bersalin tak boleh makan sedap? Ini 5 menu boleh dicuba ketika berpantang 44 hari
MENARIK DIBACA: Dah berkarat tapi power! Rupanya ada rahsia masakan jadi sedap guna ‘kuali legend’
Bahan-bahan
- 1 batang timun Jepun
- 3 biji telur rebus
- 1 biji bawang besar saiz sederhana
- 1 tin tuna (toskan air/minyak)
- 2 sudu makan mayonis rendah lemak atau yogurt Greek
- Lada hitam secukup rasa
- 2 biji limau kasturi
Cara penyediaan
- Campurkan telur rebus, bawang, mayonis dan lada hitam dalam mangkuk.
- Gaul sebati hingga menjadi campuran isi yang lembut dan berkrim.
- Potong timun anggaran 3 inci atau panjang jari telunjuk.
- Buang biji timun menggunakan sudu.
- Sapukan timun dengan bahan digaul tadi.
- Siap untuk dihidangkan. Boleh juga taburkan daun parsli, paprika atau cili padi jika mahu.