KUALI | Resipi Moden

Bukan setakat sedap buat colek, kena cuba kerabu buah limau gajah

Lead Image

KALAU ke Ipoh, Perak antara benda yang wajib dibeli sudah tentu limau bali atau ada menggelarnya limau gajah sebagai buah tangan.

Buah ini terkenal dengan rasa segar dan manisnya yang semula jadi dan sangat enak dimakan terus begitu sahaja atau dijadikan jus menyegarkan.

Paling sedap kalau cicah limau gajah ini dengan kicap manis dengan sedikit cili yang menaikkan lagi rasanya.

Kombinasi rasa masam manis pedas memang membuatkan ramai yang terliur.

Tapi tahu tak sebenarnya buah limau gajah ini sangat serbaguna dan boleh dijadikan bahan utama dalam pelbagai hidangan lain yang segar serta penuh rasa?

Kalau selama ini, anda hanya tahu makan begitu sahaja, apa kata cuba sesuatu lebih menarik dan menyelerakan!

MENARIK DIBACA:  Dah tiada rupa kalau digoreng... Ada tip mudah elak ikan melekat pada kuali, kulitnya cantik tak terkoyak

MENARIK DIBACA:Dah berkarat tapi power! Rupanya ada rahsia masakan jadi sedap guna ‘kuali legend’

Kerabu limau gajah adalah pilihan tepat untuk anda yang mahukan hidangan ringan masam manis menyegarkan dan penuh rasa.

Bahan-bahan

  • Isi limau gajah dipotong kecil
  • Bawang merah diiris halus
  • Cili padi dihiris
  • Kacang tanah goreng 
  • Ikan bilis goreng 
  • Daun ketumbar atau daun pudina
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak limau (kalau ada)

Cara penyediaan

  1. Campur semua bahan dalam mangkuk.
  2. Perah sedikit air limau gajah untuk rasa lebih segar.
  3. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Hidangkan segera supaya kerabu tetap segar dan rangup.
  5. Rasanya masam manis dan segar, sangat sesuai untuk makan dengan nasi panas atau lauk goreng.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

[V] Sarapan ringkas, protein tinggi! Resipi salad Bot Timun Telur dan Tuna siap dalam 5 minit

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Selepas Korean pancake, ramai cari resipi bibimbap pula... Cara buatnya kena sabar baru sedap

Terhangat