KUALI | Tip & Trik

Ada 5 petua pilih bawang, penentu keenakan masakan

Lead Image

BAWANG bahan paling asas digunakan yang penting dalam menambah rasa kesedapan pelbagai masakan.

Tapi ramai yang mengabaikan proses pemilihan bawang kerana merasakan ia sama dan tidak mengurangkan rasa pada masakan.

Sebenarnya penggunaan bawang yang tidak segar sebenarnya mampu mempengaruhi rasa keseluruhan masakan.

Memilih bawang yang segar dan berkualiti dapat memastikan masakan lebih sedap dan tahan lebih lama.

Berikut adalah beberapa panduan mudah memilih bawang segar sebelum digunakan dalam masakan. 

Bawang yang baik mempunyai kulit sedikit kering dan nipis.

1. Periksa kulit bawang

Bawang yang baik mempunyai kulit luar sedikit kering, nipis dan rapat. 

Elakkan membeli bawang yang kulitnya lembap, koyak atau berkulat kerana ini menandakan bawang sudah mula rosak dan cepat busuk.

Bawang segar jika ditekan akan terasa padat dan keras.

2. Periksa tekstur

Bawang segar terasa keras dan padat apabila ditekan. 

Jika bawang lembik atau berlubang ia menunjukkan sudah mula rosak di bahagian dalam dan kurang sesuai untuk dimasak.

MENARIK DIBACA:Kisar cili dengan minyak masak bukan sekadar tahan lama, petua orang dulu-dulu banyak manfaatnya

MENARIK DIBACA: Jus rasa bawang dan cili? Hilangkan bau degil pengisar dengan 5 bahan ini

Bawang yang mempunyai tunas hijau akan membuatkan rasa pahit.

3. Semak akar dan tunas

Pastikan bawang belum bercambah dan periksa akar bawang agar dalam keadaan kering dan tidak lembap atau berkulat.

Bawang yang sudah mula tumbuh tunas hijau boleh menjadikan rasa pahit dan jangka hayatnya lebih pendek. 

Bawang segar mempunyai warna cerah dan bau yang natural.

4. Perhatikan warna dan bau

Bawang segar mempunyai warna cerah dan bau bawang yang semula jadi. 

Elakkan bawang yang berbau pelik, warna gelap atau permukaan lembap kerana ia menandakan kualiti menurun.

Pemilihan saiz bawang memudahkan dimasak dengan cepat.

5. Pilih saiz sesuai

Pilih saiz bawang mengikut keperluan memasak misalnya bawang besar biasanya lebih tua dan berlapis-lapis manakala bawang kecil cenderung lebih manis.

Memilih saiz yang seragam memudahkan ketika memasak untuk memastikan rasa dan tekstur masakan jadi tak sekata.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Bukan terus masuk peti sejuk, ini cara simpan lobak merah... Tahan segar sampai sebulan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Elak melekat dan lembik, rebus mi laksa pun ada teknik

Terhangat