Baju kesayangan terkena minyak? Jangan gelabah, tepung jagung dan cuka boleh selesaikan masalah anda
TAK dapat dinafikan minyak adalah salah satu jenis kotoran yang paling sukar untuk dibersihkan terutama apabila terkena pada kain.
Mana taknya, ketika memasak di dapur, tumpahan atau percikan minyak biasanya akan dilap menggunakan kain selain daripada tisu.
Nampak mudah pada waktu itu, tetapi mula merungsingkan apabila tiba masa untuk mencuci kain yang terkena kesan minyak.

Lebih memburukkan keadaan, jika dibiarkan terlalu lama, kesan minyak tersebut memang sukar untuk dihilangkan sepenuhnya.
Tapi jangan risau, ada beberapa petua mudah yang boleh anda cuba di rumah untuk menanggalkan kesan minyak dengan berkesan.

1.Tepung jagung
Taburkan serbuk tepung jagung pada kesan minyak secepat mungkin dan biarkan ia menyerap minyak selama 15 hingga 30 minit.
Selepas itu, sikat atau kikis serbuk tersebut dari kain. Cara ini membantu menyerap lebihan minyak yang melekat pada kain.

2. Cecair pencuci pinggan
Cecair pencuci pinggan sangat berkesan menanggalkan minyak.
Titiskan sedikit terus pada kesan minyak, kemudian gosok perlahan menggunakan jari atau berus gigi lembut.
MENARIK DIBACA: Ada rahsia putihkan baju kusam guna bahan di dapur! Cuka dan lemon antara paling berkesan
MENARIK DIBACA:Jangan panik! Madu dan minyak kelapa berkesan rawat tangan melecur terkena minyak panas
Setelah itu, basuh kain seperti biasa menggunakan air suam dan sabun.

3. Serbuk penaik
Taburkan baking soda pada kesan minyak dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.
Baking soda akan membantu menyerap minyak yang melekat pada kain.
Sapu atau kikis serbuk penaik tersebut kemudian cuci kain seperti biasa.

4. Alkohol isopropil
Untuk kain yang tahan, anda boleh menggunakan alkohol isopropil.
Lapkan sedikit alkohol pada kesan minyak menggunakan kapas dan biarkan beberapa minit. Selepas itu, basuh kain seperti biasa.

5. Cuka putih
Campurkan cuka putih dengan air dengan nisbah 1:1.
Rendam bahagian kain yang terkena minyak selama beberapa minit sebelum membasuhnya.
Cuka membantu menanggalkan minyak yang melekat pada kain.