KUALI | Sihat

Ketahui maksud setiap 'craving', badan beri 'signal' perlukan nutrisi tertentu

Lead Image

PASTI ramai pernah alami situasi tiba-tiba teringin nak makan pencuci mulut atau sajian berat seperti pasta dan ayam goreng.

Bukan sekadar ibu hamil sahaja yang mengalami simpton mengidam, malah individu biasa juga kerap mengalami situasi begini secara tiba-tiba.

Keadaan tersebut sebenarnya normal kerana ia berlaku disebabkan badan mengeluarkan isyarat (signal) untuk anda mengambil sumber nutrien yang diperlukan tubuh.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads dikenali sebagai Akmal Hakim Hilman, dia yang juga seorang pelajar dalam jurusan perubatan berkongsi tentang cara untuk mengenal isyarat pada badan jika anda 'craving' pada sesuatu makanan.

Seorang pelajar perubatan berkongsi isyarat yang perlu difahami oleh tubuh badan.

Jelasnya, keinginan untuk makan sesuatu makanan itu sebenarnya merupakan isyarat oleh badan untuk anda membekalkan nutrien yang diperlukan.

"Pukul 3 petang tiba-tiba rasa nak makan 'jajan' (snek), coklat atau benda manis. Awak lawan tetapi kalah juga.

"Sebenarnya badan awak tengah bagi 'signal'. Sebagai medical student, saya akan ajar cara nak faham 'signal' ini," tulisnya di Threads.

Berikut merupakan maksud jika anda tiba-tiba teringin makan makanan tertentu:

Makanan masin seperti kentang boleh diganti dengan air kelapa untuk menghasilkan sumber elektrolit.

1. Makanan masin

Jika anda teringin makan makanan masin seperti keropok dan kentang goreng, ini bermakna tubuh anda memerlukan sumber elektrolit.

Elektrolit penting untuk mengimbangi cecair di dalam badan terutamanya selepas bersenam atau sakit.

Sumber ini membekalkan mineral penting seperti kalium, magnesium, kalsium dan nutrium yang diperlukan untuk fungsi otot dan saraf yang betul.

Sebagai ganti kepada elektrolit yang lebih sihat, anda boleh mengambil sumber lain seperti:

  • Air kelapa
  • Tembikai
  • Lemon
  • Ikan salmon
  • Yogurt
  • Ubi keledek
Epal merupakan salah satu sumber terbaik menggantikan makanan manis.

2. Makanan manis

Keinginan untuk makan makanan manis seperti kek, donat dan air manis menunjukkan tanda gula di dalam darah berada dalam keadaan tidak stabil.

Dalam keadaan ini, badan anda sebenarnya sedang memberikan 'signal' memerlukan tenaga yang cepat.

Sebagai ganti sumber yang lebih sihat, anda boleh mengambil makanan berasaskan snek yang lebih seimbang seperti epal dan mentega kacang tanpa gula.

Coklat boleh diganti kepada bayam untuk meningkatkan kandungan magnesium dalam badan.

3. Coklat

Makan coklat terutama terutama coklat gelap (dark chocolate) memberikan manfaat kesihatan seperti meningkatkan mood, mengurangkan stres dan melindungi jantung kerana kaya anti oksidan. 

Bagaimanapun, pengambilan berlebihan boleh menyebabkan peningkatan berat badan, masalah pencernaan dan risiko diabetes akibat kandungan gula dan kalori yang tinggi. 

Jika anda tiba-tiba teringin nak makan coklat, itu bermaksud tubuh anda mungkin kekurangan magnesium. Magnesium ini akan membuatkan otot menjadi lebih relaks selain mengurangkan stres.

Sebagai ganti kepada sumber yang lebih sihat, anda boleh menukar coklat kepada bayam.

Sumber karbohidrat boleh diganti dengan makanan lebih sihat seperti telur untuk membantu mengatur selera makan, tidur, mood dan mengurangkan kesakitan.

4. Karbohidrat

Jika anda teringin untuk makan makanan berasaskan karbohidrat seperti pasta, nasi dan roti, ini bermaksud tubuh anda memerlukan sumber tryptophan.

Tryptophan merupakan asid amino yang penting untuk pertumbuhan badan dalam menghasilkan serotonin (hormon ketenangan) dan melatonin (hormon tidur).

Kedua-dua hormon ini membantu mengatur selera makan, tidur, mood dan mengurangkan kesakitan.

Sebagai ganti yang lebih sihat, anda boleh mengambil makanan seperti:

  • Ayam
  • Telur
  • Salmon
  • Kacang tanah
  • Kacang soya
  • Tempe

Jelas Akmal, badan sebenarnya bijak namun seorang individu perlu tahu isyarat atau signal yang diberikan oleh badan untuk mengambil sumber makanan yang betul dan tepat.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

5 cara rendahkan kandungan gula dalam nasi putih... Boleh makan tanpa risau

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Lelaki beri sebab tinggalkan IF walau berat turun, beralih ke puasa Nabi Daud

Terhangat