Dah nak habis makan baru sedar mangkuk berkerak, keluar daki tebal lepas kikis!
ASPEK kebersihan sering diberi perhatian apabila kita memilih untuk makan di luar, bukan sahaja melibatkan kedai tetapi juga pinggan mangkuk digunakan.
Di Threads seorang individu berkongsi video pengalaman kurang menyenangkan apabila dia melihat daki di bahagian dalam mangkuk bihun soto yang dimakan di sebuah kedai.
Dia pada awalnya memuji makanan yang dinikmati sehinggalah dia terlihat keadaan mangkuk yang berdaki itu.
"Sedap. Tapi alamak, macam mana nak kira? Bakteria apa pula?" katanya.
Menerusi video dikongsi, dapat dilihat dia mengikis kotoran hitam yang terdapat pada dinding mangkuk menggunakan sudu dan daki yang keluar agak tebal.

Selain itu, dia turut mendakwa rakan-rakannya juga pernah bercakap tentang kedai sama, melibatkan aspek kebersihan.
"Ramai kenalan saya cakap benda sama. Seawal jam 6 pagi, tuan kedai sediakan roti canai, cuma tak pakai baju dengan perut boroi.
"Tapi kedai ini paling ramai dan murah untuk sarapan di sekitar Muar," katanya.
Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang turut menceritakan pengalaman hampir sama ketika makan di kedai makan.
MENARIK DIBACA: Minuman kafe Amazon paling laris ikut 'ranking', ramai pelancong Malaysia 'repeat'
MENARIK DIBACA: Pastri sanggup bayar mahal, kuih tradisi nak murah gila-gila! Pelanggan disaran ubah mentaliti lapuk
"Ya, saya pernah kena macam ini. Sup sangat sedap, tetapi bila habis hirup, tengok buntut mangkuk gelap terus hilang selera.
"Nampak kedai guna pinggan mangkuk macam ini memang saya tak lalu. Tiba-tiba terbayang pula dapur.

"Bila tegur, orang cakap mengada-ngada, tetapi tak boleh kalau mangkuk kotor macam ini.
"Sebenarnya, kita banyak makan di kedai yang tak layak niaga makanan. Kalau pinggan mangkuk kedai tak jaga elok, bayangkan cara penyediaan pula," antara komen netizen.
Pinggan dan mangkuk digunakan untuk menghidangkan makanan perlu dibersihkan dengan baik bagi mengelakkan pencemaran serta memastikan makanan dinikmati lebih selamat.