info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

5 jenis kopi ini makin popular, anda perlu cuba... Americano, latte dah biasa

Lead Image

DUNIA kopi tidak pernah sunyi dengan idea baharu.

Selain latte dan Americano yang menjadi pilihan ramai, pelbagai jenis kopi kini muncul dengan gabungan rasa, tekstur dan cara penyediaan unik.

Ada yang menggabungkan kopi pekat, espresso dengan susu sejuk, tak kurang menarik menggunakan tonik berkarbonat. 

Bagi memberikan paduan memiliki karakter tersendiri, terdapat juga pilihan istimewa seperi buih beraroma sitrus atau campuran bunga sebagai pelengkap kepada kopi.

Berikut lima olahan kopi menjadi trend dan mula menghiasi menu di kafe serata dunia bahkan Malaysia tidak terkecuali.

Magic Coffee menggunakan dua shot ristretto dan susu kukus dalam sukatan lebih kecil berbanding latte.

1. Magic Coffee

Magic Coffee berasal dari Australia dan popularitinya mula berkembang di pelbagai negara sepanjang 2025.

Minuman ini menggunakan dua shot ristretto bersama susu dikukus dalam sukatan lebih kecil berbanding latte.

Gabungan tersebut menghasilkan rasa kopi lebih kuat tetapi masih lembut kerana dicampurkan dengan susu dan buih susu. 

Rasanya berada di tengah-tengah antara latte lebih berkrim dan flat white mempunyai karakter kopi lebih ketara.

Dirty Latte, gabungan susu sejuk dan espresso panas.

2. Dirty Latte

Dirty latte pula menarik perhatian menerusi minuman mempunyai lapisan susu putih dan espresso berwarna coklat gelap. 

Ia dibuat menggunakan susu sejuk sebelum espresso panas dituangkan perlahan-lahan di atasnya.

Istilah dirty merujuk kepada penampilan minuman ini apabila espresso bercampur dengan susu dan menghasilkan kesan seakan-akan berlapis. 

Mont Blanc menampilkan Americano bersama buih lembut berperisa sitrus.

3. Mont Blanc

Mont Blanc adalah satu lagi sentuhan menggabungkan kopi dengan unsur sitrus.

Minuman ini menggunakan Americano dilengkapi buih lembut berperisa sitrus untuk memberikan rasa lebih segar.

MENARIK DIBACA: Masalah kari susah pecah minyak selesai dengan tip 'tumis awal', guna santan kotak pun menjadi!

MENARIK DIBACA: Pajeri rambutan bukan menu pelik, ramai dah makan sejak kecil... Boleh juga masak kari

Parutan kulit oren turut digunakan bagi menambahkan aroma sitrus menjadikan karakter kopi masih terasa, tetapi terdapat sentuhan masam dan segar lebih kompleks.

Coffee Tonic menggabungkan espresso dengan air tonik berkarbonat.

4. Coffee Tonic

Bagi individu gemar minuman menyegarkan, pilihan ini menggabungkan espreso dengan tonik. 

Minuman ini biasanya dihidangkan bersama ais dan boleh ditambah hirisan lemon atau oren.

Kombinasi antara kopi dengan tonik memberikan sensasi bergelembung.

Pemilihan biji kopi berkualiti juga penting untuk menghasilkan minuman dengan aroma mewah.

5. Cold Brew

Cold brew pula dihasilkan dengan merendam serbuk kopi dalam air sejuk untuk tempoh panjang.

Berbanding kaedah bancuhan menggunakan air panas, proses ini menghasilkan kopi rasa lebih lembut dan kurang berasid.

Minuman ini biasanya dihidangkan sejuk bersama ais dan boleh dinikmati begitu sahaja atau dicampurkan dengan susu. 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Dah nak habis makan baru sedar mangkuk berkerak, keluar daki tebal lepas kikis!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Influencer buat eksperimen gabung makanan, terkejut lemon tabur kayu manis rasa kola!

Terhangat