Influencer buat eksperimen gabung makanan, terkejut lemon tabur kayu manis rasa kola!
SIAPA sangka lemon yang rasanya masam boleh bertukar menjadi minuman seakan-akan cola hanya dengan menambah sedikit serbuk kayu manis?
Seorang pencipta kandungan TikTok mencuba beberapa kombinasi makanan pelik yang didakwa mampu menghasilkan rasa di luar jangkaan.
Menerusi perkongsian di TikTok milik @socialsami, wanita itu mencuba beberapa gabungan makanan termasuk timun bersama gula, kerepek kentang bersama tomato serta lemon yang ditabur serbuk kayu manis.
Antara semua kombinasi tersebut, campuran lemon dan kayu manis paling mencuri perhatian.
Dalam video berkenaan, Samiya Jakubowicz menggunakan buah lemon yang sudah dibuang kulit sebelum menaburkan serbuk kayu manis di atasnya.
Sebaik sahaja menggigit lemon tersebut, reaksinya terus berubah seakan-akan terkejut dengan hasil rasa campuran tersebut.

"Wah ini memang sangat sama dengan cola!" katanya.
Menurutnya lagi, gabungan tersebut menghasilkan rasa manis, masam dan segar yang cukup unik.
Malah, dia tidak menyangka rasanya akan menjadi sedemikian sebelum mencubanya.
Selain lemon dan kayu manis, wanita itu turut mencuba beberapa lagi kombinasi makanan yang tidak kurang menarik.
Antaranya ialah timun yang dimakan bersama gula pasir.
Gabungan itu dicadangkan kepadanya kerana dikatakan mampu menghasilkan rasa seakan-akan buah tembikai.
Selepas mencubanya, dia bersetuju bahawa timun bersama gula memberikan rasa yang segar dan manis hampir menyerupai tembikai.
Dia turut mencuba kerepek kentang bersama tomato dan mendapati gabungan kedua-duanya mempunyai rasa seakan-akan piza.
"Oh ya ni rasa macam piza," katanya ketika mencuba kombinasi tersebut.
MENARIK DIBACA: Ramai sangka kod rahsia! Ini sebab warna penutup botol air beza-beza
MENARIK DIBACA: Teknik cuci beras guna kain cara orang Jepun... Nasi makin sedap, tekstur lebih cantik
Bukan itu sahaja, dia turut mencuba epal bersama kicap masin dan mendakwa gabungan tersebut menghasilkan rasa seakan-akan karamel.
Tidak ketinggalan, pisang yang digabungkan dengan tembikai pula dikatakan mempunyai rasa seperti gula-gula getah yang manis.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai netizen tertanya-tanya sama ada gabungan makanan berkenaan benar-benar menghasilkan rasa seperti yang didakwa.
Untuk info, Samiya sememangnya sering berkongsi kandungan berkaitan makanan, termasuk mengulas hidangan dari restoran serta mencuba pelbagai kombinasi makanan unik.
Dia kini mempunyai kira-kira 168,000 pengikut di TikTok.