info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Abe La turun berat badan, tapi bukan sebab sakit kronik -"Realiti sebenar buat content makanan..."

Lead Image

BERGELAR pencipta kandungan makanan atau ‘food content creator’ sering dianggap berisiko berdepan masalah kenaikan berat badan kerana kerap mencuba pelbagai jenis makanan. 

Malah, ada yang ketika awal kemunculan dalam bidang ini memiliki tubuh kecil, namun lama-kelamaan saiz badan semakin besar.

Bagaimanapun, berbeza dengan pemilik akaun Senok Perut, Abe La yang mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan atas faktor kesihatan.

Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas menyedari berat badannya meningkat mendadak selain berdepan pelbagai masalah kesihatan sepanjang tempoh lapan tahun menghasilkan video makanan.

Perkongsian Abe La mencuri perhatian ramai.

“Realiti semasa buat content makanan. Nampak semua meriah indah, realitinya... berat badan naik mendadak sampai 83 kilogram. Berat asal 70 kilogram.

“Badan lemau, berat macam kayu balak, sakit pinggang, semua jenis penyakit dari perut ada.

“Gastrik, gerd, anxiety, angin, muntah semua ada. Autoimmune semakin teruk, eczema, psoriasis semua flare up tanpa kawalan. Sakit sendi tak payah cakap,” ujarnya.

Tambah Abe La atau nama sebenarnya Izmer Mustapha, perubahan fizikal yang dialaminya membuatkan ramai menyangka dia menghidapi penyakit kronik.

Bagaimanapun, dia menjelaskan perubahan dilakukan menerusi perubahan gaya hidup tanpa bantuan ubat-ubatan.

MENARIK DIBACA: 'Human food' jadi trend di China, manusia makan ikut konsep pemakanan haiwan belaan

MENARIK DIBACA: 'Real food' dan 'clean food' tak sama! Individu sedang diet, kaum ibu perlu tahu bezanya

Antara pendekatan yang diamalkannya untuk menurunkan berat badan adalah:

1. Kurangkan makanan berasaskan tepung

Walaupun tidak dapat mengelakkan makanan berasaskan tepung sepenuhnya, Abe La cuba mengurangkan pengambilannya dalam menu harian.

Selepas mengurangkan makanan berasaskan tepung, dia mendakwa beberapa masalah yang dialaminya sebelum ini turut berkurangan.

“Bila buang tepung dalam harian terus hilang gastrik, angin, gatal-gatal kulit dan berat senang turun.

“Dalam content makan semulut saja. Itu pun terus badan rasa gatal-gatal, terus berangin perut,” katanya.

2. Lebihkan lauk, kurangkan nasi

Selain itu, Abe La turut mengubah saiz hidangan dengan melebihkan lauk dan mengurangkan pengambilan nasi.

Malah, pengambilan nasi juga dikurangkan kepada sekali sehari sebagai sebahagian daripada rutin pemakanannya.

3. Kurangkan gula

Pengambilan makanan dan minuman manis turut dikurangkan, termasuk snek yang tinggi kandungan gula.

Bagaimanapun, Abe La masih memberi ruang untuk dirinya menikmati minuman manis sekali sehari.

“Air manis sekali sehari saja. Jadi minumlah air tersedap sebab peluang satu kali sehari saja,” ujarnya.

Abe La menyedari berat badannya meningkat dengan mendadak.

4. Bersenam

Menurutnya, senaman dilakukan bukan semata-mata untuk menurunkan berat badan, sebaliknya bagi meningkatkan stamina serta membentuk semula tubuh.

“Bentukkan balik bentuk tubuh. Hujung minggu hiking sambil buat konten,” katanya.

5. Pilih ‘circle’ yang jaga pemakanan

Tidak kurang penting, Abe La turut menekankan pengaruh persekitaran dan rakan-rakan dalam usaha mengubah gaya hidup.

“Kalau dikelilingi circle yang makan sikit dan jaga badan, automatik kita pun terikut sama,” ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Wanita amal diet 'bigu' turun 20kg tapi berjalan macam penguin, ingatan merosot

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Makan nasi lemak di Kampung Baru, pelanggan dakwa ada telur lalat tapi peniaga nafi

Terhangat