Penat 'battle' Sambal Nyet Bilis belum hilang, KA 'bersuara' versi petai pula
BELUM lagi reda bahang Sambal Nyet Ikan Bilis, usahawan dan pempengaruh Khairul Aming (KA) nampaknya mempunyai idea untuk menghasilkan satu lagi variasi sambal.
Beliau membuka ruang kepada orang ramai untuk memberikan pandangan mengenai cadangan mengeluarkan Sambal Nyet Ikan Bilis versi petai.
Semuanya bermula apabila seorang pengguna Threads dikenali sebagai Adhamquddus memberikan 'rating' tinggi kepada Sambal Nyet Ikan Bilis yang dinikmatinya, selain memuji keenakan sambal berkenaan.

"9/10. Sedap bro. Kena dengan telur dadar, ayam Bon Chef, Nasi Sunflower, makan panas-panas. Jadi surrrr.
"Cadangan: Sambal ikan bilis petai,” tulisnya.
Cadangan tersebut kemudiannya mendapat perhatian KA apabila dia terus bertanya kepada pengikutnya sama ada mereka berminat jika Sambal Nyet Ikan Bilis dihasilkan dalam versi petai.
"Kalau kita buat versi petai ramai ke yang nak? Survey jap," katanya.
Rata-rata netizen menyambut baik idea tersebut dan sangat berharap supaya produk sambal berkenaan direalisasikan.
MENARIK DIBACA: [V] Mi bandung udang galah hanya RM15, rasa asli macam makan dekat Muar
MENARIK DIBACA: [V] Bento masakan rumah dengan harga bajet, paling penting tanpa MSG
Malah, ada yang berseloroh bahawa KA seolah-olah tidak memberikan peluang kepada pengikutnya untuk menarik nafas lega selepas melalui ‘pertempuran’ (battle) mendapatkan Sambal Nyet Ikan Bilis yang baru sahaja dilancarkan 7 Ogos lalu.
"Tak cukup lagi ke adrenaline rush waktu kerja dengan oncall. Nak tambah lagi adrenaline rush battle sambal KA versi petai pula?
"Nak please lagi sedap kalau tempoyak bilis petai walaupun saya tahu akan kalah 'battle'!” antara komen netizen.
Dalam pada itu, ada juga pengikut yang mengaku mereka akan terus menyokong apa sahaja produk yang dikeluarkan oleh KA.
“KA jual batu pun kami beli je,” tulis seorang netizen.

Sambal Nyet merupakan antara produk terawal yang melonjakkan nama KA dalam bidang keusahawanan makanan.
Produk berkenaan mencetuskan fenomena tersendiri apabila mendapat sambutan luar biasa dan menjadi antara produk makanan yang sering menjadi buruan pengguna.
Selepas kejayaan Sambal Nyet, KA mengembangkan rangkaian produknya kepada produk makanan lain seperti Dendeng Nyet dan Rendang Nyet Berapi.
Bagaimanapun buat masa ini, Sambal Nyet Ikan Bilis versi petai masih di peringkat ‘survey’ dan belum ada pengumuman rasmi daripada KA mengenai pengeluaran produk tersebut.