info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Jiran buka 'pasar mini' depan rumah... Penduduk sekitar tak selesa bau hanyir, banyak lalat!

Lead Image

MENCARI rezeki dengan cara berniaga tidak salah, tetapi perlu mengambil kira keselesaan penduduk sekeliling agar tidak menimbulkan konflik kejiranan.

Seorang individu mendakwa berdepan pelbagai masalah gara-gara tindakan jirannya menjalankan perniagaan menjual ikan di hadapan rumahnya sehingga penduduk sekeliling berasa tidak selesa.

Menurut perkongsiannya di Threads, bahagian hadapan rumah jirannya kelihatan seperti sebuah pasar kecil sehingga kawasan sekitar dipenuhi lalat selain berlaku pencemaran bau. 

"Jiran saya jual ikan di hadapan rumah seakan pasar sampai banyak lalat dan bau hanyir ikan sekitar kawasan tu.

Kawasan parkir didakwa 'dicop' untuk pelanggan yang singgah membeli ikan.

"Kemudian, tepi rumah saya ada ruang untuk parkir, semua ditahan (halang) dan letak kon atau baldi sebab senang pelanggan dia nak datang.

"Saya pernah lapor pada majlis perbandaran tempatan tapi masih 'tak jalan'. Ada cara tak nak lapor situasi ini?" tulisnya di Threads.

Dakwa individu itu lagi, jika halangan tersebut dialihkan, pelbagai barangan atau sampah akan diletakkan semula di lokasi sama.

MENARIK DIBACA: Coklat 'lenyap' dari rak, pasar raya di Perancis henti jualan gara-gara cuaca panas ekstrem

MENARIK DIBACA: Rahsia orang Jepun kurus walau makan nasi 3 kali sehari, kadar obesiti antara terendah di dunia

"Ada ditahan petak parkir menggunakan tong sampah. Kalau kami alih dia letak macam-macam sampah di situ.

"Petak parkir untuk pelanggan, sekarang dah beli dua kereta tak silap, jadi tempat parkir dia pula," ceritanya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata bersimpati dengan masalah dihadapi individu berkenaan. 

Mereka menganggap isu ini bukan sekadar melibatkan perniagaan, sebaliknya turut memberi kesan terhadap kebersihan, kesihatan dan keharmonian kawasan kejiranan.

Komen netizen

"Bukan nak tutup periuk nasi tau, tapi air lauk (makanan laut) ni bertakung memang busuk. Lebih lagi sotong tu. 'Spoil' jiran kiri kanan hadap.

"Saya pernah beli dengan dia. Maaf kalau selama ni saya punca jiran tak selesa. Saya akan berhenti membeli selepas ni.

"Jual ikan hadapan rumah? Bukan salah ke? Macam mana boleh dibenarkan, jiran tak ada buat aduan ke?" antara komen netizen.

Rata-rata netizen mencadangkan agar aduan dibuat kepada pihak berkuasa berkaitan secara lebih terperinci dengan menyertakan bukti seperti gambar dan rakaman video supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Cawangan Murni Discovery terima notis KKM, diarah tutup 14 hari

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Peminat BTS bangga dapat merasa sisa air dari botol diminum salah seorang anggota

Terhangat