Sedih tengok daging korban berulat, tukang agih cuma tinggal atas pagar
DALAM kegembiraan umat Islam meraikan ibadah korban, timbul juga isu pembaziran apabila agihan tidak sampai kepada penerima dalam keadaan sempurna.
Begitulah luahan seorang wanita yang berkongsi pengalaman menerima daging korban didakwa sudah rosak selepas ditinggalkan di pagar rumah ketika keluarganya berada di luar kawasan.
Menurut wanita itu, dia bersyukur kerana rumahnya sering menerima agihan daging korban setiap tahun daripada pihak surau dan penduduk sekitar.
"Alhamdulillah pertama sekali saya ucapkan terima kasih dengan daging korban rumah kami dapat setiap tahun.

"Kalau dari kejiranan selalunya mereka akan call atau inform dalam group taman, kalau dari kampung berhampiran saya tak pasti cara agihan," tulisnya.
Bagaimanapun katanya, kejadian tahun ini membuatkan dia terfikir untuk memaklumkan kepada pihak surau agar tidak lagi menghantar daging korban ke rumahnya.
"Maybe lepas ni saya akan inform untuk pihak surau kampung sebelah hentikan sumbangan kepada rumah kami, berilah kepada lebih memerlukan," kongsinya lagi.
MENARIK DIBACA: Risau ibadat tak sah, wanita bawa baldi ke pasar elak najis bahan basah - "Duit baki pun boleh kena darah"
MENARIK DIBACA: Kafe Jepun jual latte pada suhu paling ekstrem di dunia, kena habiskan dalam masa 40 saat sebelum beku
Menurut wanita itu, keluarganya tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai penghantaran tersebut dengan daging ditinggalkan begitu sahaja di pagar rumah.
"Sebab mereka tak dapat inform kami, tahun ni kami di luar kawasan beberapa hari, tau-tau daging dah ditinggalkan atas pagar dah berulat macam tu je," luahnya.
Perkongsian itu bagaimanapun bukan bertujuan untuk menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya mahu mencetuskan kesedaran dalam kalangan jawatankuasa korban mengenai kaedah agihan yang lebih sistematik.
"Cuba pandang dari sudut positif, dengan Threads ni maybe akan muncul awareness kepada AJK korban untuk memikirkan cara pengagihan dengan lebih teliti tanpa menimbulkn risiko pembaziran, contoh banyak dalam komen saya baca ada teknik kupon sebagainya.
"Individu berkemampuan septutnya inform AJK korban lebih awal untuk menolak daging korban atau letak notis di depan rumah. Saya dah inform dalam group komuniti jangan risau fasal tu," jelasnya lanjut.
Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang berkongsi pengalaman serta cadangan bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.
"Semalam saya agih lebih 100kg daging, kalau bagi salam tak ada orang saya tak tinggal. Anggap bukan rezeki dia. Kalau kat tahfiz biasa akan ada peti ais kat luar so boleh letak je terus dalam tu.

"Sis tak payahlah update sini pi la update group kawasan rumah sebab kat sini buat orang mengata itu ini.
"Kami tak lagi edar daging. Minta datang ambil sendiri di surau. Dapat kenal-kenal, sama-sama urus majlis korban. Solat jemaah. Makan bersama.
"Buat sistem kupon, bagi setiap rumah nanti tuan rumah pergi la masjid collect daging, Alhamdulillah area taman saya buat macam ni tapi kalau tak dapat jangan la kecil hati,” tulis beberapa netizen.
Walaupun isu itu menimbulkan perdebatan, ramai bersetuju bahawa komunikasi yang lebih baik antara penerima dan pihak pengurusan korban mampu mengelakkan pembaziran makanan serta memastikan agihan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.