info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Nenek suka bagi makanan manis, ibu sebak gigi anak rosak - “Aku mak yang gagal”

Lead Image

SEORANG ibu meluahkan rasa sedih dan bersalah apabila gigi anak kecilnya semakin teruk hingga ada yang patah, dipercayai akibat tabiat makan manis sejak kecil.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu mengakui anaknya sebelum ini memang mempunyai tabiat suka menyimpan makanan lama di dalam mulut. 

Apa yang lebih merisaukannya, nenek kepada kanak-kanak itu didakwa kerap memberikan makanan dan minuman bergula setiap hari.

Antara yang didakwa diberikan termasuk roti berperisa, kuih-muih manis seperti akok, kuih sagu merah dan pandan selain minuman bergula, coklat, biskut.

Wanita tersebut meluahkan rasa sedih dan bersalah selepas keadaan gigi anak kecilnya semakin teruk hingga ada yang patah.

Menurutnya, walaupun sudah berkali-kali menegur agar pemberian makanan manis itu dikurangkan, ia tetap berulang atas alasan 'sayang cucu'.

"Setiap hari bagi sampai rosak gigi anak,” luahnya.

Lebih menyentuh perasaan, wanita itu merasakan dirinya sebagai ibu yang gagal apabila melihat keadaan gigi anaknya semakin teruk walaupun sudah cuba menjaga kebersihan gigi dan mulut si kecil.

MENARIK DIBACA: Sos masam lemak berkrim, aroma harum... Cecah 'Vietnamese roll' terasa kesegarannya

MENARIK DIBACA: Kafe Jepun jual latte pada suhu paling ekstrem di dunia, kena habiskan dalam masa 40 saat sebelum beku

"Aku tak tahu aku salah apa. Aku sedih sebab aku mak yang gagal," luahnya lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya pernah melalui situasi hampir sama terutama apabila wujud campur tangan ahli keluarga dalam soal pemakanan anak kecil.

Antara komen di Threads.

"Pernah berada di situasi ini. Orang keliling tak kisah famili laki atau perempuan ada je bagi coklat dan manis-manis tapi kita kena ada pendirian tak nak. Pesan awal-awal kat dalam 'group' atau status 'WhatsApp'.

"Jangan nak kesian kat anak, dia tak tau apa-apa kita bukan tak bagi tapi limit kena ada. Lantak orang la nak cakap apa sebab yang beranak kita bukan orang lain.

"Kadang-kadang tak faham juga kan. Neneknya kata risau la diabetes, dia kawal makan kawal gula dia. Tapi kalah bila tengok budak merengek-rengek nak coklat.

"Saya ni pun kalah emosi sebab pernah anak saya meminta-meminta coklat, saya cakap tadi dah makan cukup la satu. Saya simpan bekas tu tinggi sikit, bila datang balik tengok nenek dia tengah suap coklat. Budak belum dua tahun lagi.

"Sebenarnya kalau makan manis pun, setiap pagi dan malam sebelum tidur berus gigi takde masalah. Bukan la sampai tak boleh makan manis langsung," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Selalu makan tapi tak tahu nama... Kenali 4 bahagian perut lembu, menu sesuai dimasak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Sedih tengok daging korban berulat, tukang agih cuma tinggal atas pagar

Terhangat