KUALI | Viral

Isu makanan di dewan makan MRSM... Asyraf Wajdi segera bertindak, pertimbang tamat kontrak pengusaha

Lead Image

SEORANG individu menyuarakan rasa sedih melihat keadaan hidangan di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang didakwa mempunyai masalah kualiti.

Menurut individu itu, pelajar didakwa terpaksa makan dalam keadaan tergesa-gesa selepas pulang dari surau kerana lewat dimasak oleh pengendali makanan, selain hidangan diterima tidak lengkap dari segi nutrisi

"Kesian tengok anak-anak ni makan, dah la terkejar-kejar nak ke surau, pukul 7 malam baru anak-anak ni dapat makan, sayur tak ada, buah tak ada, kuah pun tak ada.

"Tak patut dikata maktab nombor satu. Berbulan dah ibu ayah bersabar. Ditegur, dinasihat berkali-kali dari pihak maktab," tulisnya.

Pelajar perlu mendapat nutrisi seimbang menerusi makanan untuk kekal bertenaga.

Tambah individu itu lagi, isu berkenaan didakwa masih berulang walaupun sudah beberapa kali dibangkitkan oleh ibu bapa dan penjaga.

"Masih begini hasilnya. Minggu 'exam' tapi pagi, tengah hari, malam tetap ada isu. Allahu sedih. Kesian anak-anak ni, mereka perlukan makanan berzat.

"Anak dara saya pun sampai buat OMAD," katanya merujuk kepada amalan makan sekali sehari.

MENARIK DIBACA: Sama tapi tak serupa, warna cili benggala berbeza rasa dan tekstur

MENARIK DIBACA: Kena cuba resipi air soda laici, rasa pedas manis menyegarkan tekak

Individu berkenaan turut menjelaskan bahawa gambar yang dimuat naik merupakan perkongsian daripada salah seorang pelajar di sekolah berkenaan kepada penjaganya.

Dalam masa sama dia turut menegaskan bahawa ibu bapa bukan berniat untuk mencari kesalahan mana-mana pihak, sebaliknya mahu memastikan kebajikan pelajar terus terjaga.

"Terima kasih semua komen. Mana terlalu sensitif, maaf saya terpaksa 'hide'. Saya dah biasa jadi PIBG SBP (sekolah berasrama penuh), anak orang macam anak sendiri.

Antara komen warganet.

"Jadi saya faham kalau Muafakat (Badan Permuafakatan Pendidikan Mara) dah utarakan isu anak-anak ni, bermakna bukan kali pertama," katanya lagi.

Menurutnya lagi, pelajar tidak dibenarkan membuat tempahan makanan dari luar, menyebabkan mereka bergantung sepenuhnya kepada makanan disediakan di dewan makan sekolah berkenaan dan kafe.

"Memang makanan tujuh hari bergantung di dewan dan kafe. Kalau pun anak-anak ini bertanya ada lauk lagi? Boleh tambah tak? Jangan kita herdik, jaga emosi depan rezeki," katanya.

Susulan hantaran tular ini, Pengerusi Mara Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki terus memberi respons dengan memaklumkan tindakan segera akan diambil berhubung aduan yang dibuat.

"Terima kasih kepada semua yang 'tagged' dan mesej saya mengenai kualiti makanan dan perkhidmatan di Dewan Selera MRSM TGB Jasin.

Seorang individu simpati melihat makanan disediakan untuk pelajar di salah sebuah MRSM.

"Saya sudah terima laporan mengenainya. Tindakan tegas akan segera diambil termasuk penamatan kontrak. Pengurusan Mara sedang memperhalusinya selepas beberapa teguran dibuat bagaikan tiada kesan," katanya.

Beliau turut terkejut apabila ditunjukkan gambar udang dalam kuetiau goreng yang disediakan di dewan makan sekolah tersebut masih mentah.

"Teruk sangat ni. Gambar bila ni?" beliau bertanya di Threads sebelum diberitahu gambar itu diperolehi pada 11 Mei lalu.

Antara komen warganet.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati selain membandingkan situasi itu dengan pengalaman mereka ketika berada di asrama dahulu.

"Allahuakhbar, kalau dulu saya dekat maktab pun walaupun masakan dewan tak berapa sedap, tapi sekurang-kurangnya lengkap ada kuah kari, asam pedas, masak lemak, masak taucu. Protein wajib dua jenis,” tulis seorang netizen

Seorang lagi netizen berkongsi pengalaman melakukan ‘mogok lapar’ kerana tidak berpuas hati dengan makanan yang disediakan di dewan makan.

"Masa kami tahun 2016 hingga 2017, kami 'mogok lapar' sebab dewan bagi makanan entah apa-apa. Memang tak pergi pun makan situ. Akhirnya acik dewan mengaku kalah, suara pelajar menang," katanya.

Isu kebajikan makanan di asrama bukan perkara kecil kerana ia melibatkan kesihatan, emosi dan fokus pelajar dalam pembelajaran, lebih-lebih lagi ketika musim peperiksaan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Kafe Jepun jual latte pada suhu paling ekstrem di dunia, kena habiskan dalam masa 40 saat sebelum beku

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Suri rumah bangga, teruja dapat menyusu anak tak kira masa... Pelik ada yang suruh ajar bayi guna botol

Terhangat