info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Pertandingan masak sajian warisan tawar hadiah wang tunai, peluang anak muda tunjuk bakat

Lead Image

MASAKAN warisan bukan sekadar hidangan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi lain tetapi turut membawa cerita, budaya dan identiti masyarakat di Malaysia.

Menyedari kepentingan untuk memastikan warisan kulinari terus dikenali generasi muda, pertandingan Malaysia Young Heritage Chef 2027 (MYHC2027) bakal dianjurkan pada 15 hingga 17 Januari 2027.

Pertandingan ini dianjurkan oleh SAMA Premier International Sdn Bhd dengan kerjasama Professional Culinaire Association (PCA).

Majlis sidang media berlangsung di di Malaysian Tourism Centre (MaTic), Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Menurut Pengerusi SAMA Premier International Sdn Bhd, Prof Dr Sabaianah Bachok, penganjuran MYHC 2027 menjadi platform untuk generasi muda mengembangkan potensi serta mengasah kemahiran dalam bidang kulinari.

Pertandingan ini turut bertujuan menyemai pengetahuan dan rasa cinta dalam kalangan anak muda terhadap kekayaan warisan makanan yang terdapat di Malaysia.

“Kami mahu menyediakan platform yang memberi peluang kepada generasi muda untuk menampilkan bakat, mengasah kemahiran, membina keyakinan dan memperoleh pendedahan daripada penggiat industri berpengalaman.

“Lebih penting, kami mahu generasi muda memahami masakan warisan bukan sekadar hidangan yang diwarisi turun-temurun tetapi terdapat nilai sejarah, budaya dan identiti yang perlu dipelihara,” katanya.

MENARIK DIBACA: Pertandingan memasak anjuran Subi cari cef cilik sambil eratkan hubungan ibu bapa dan anak

MENARIK DIBACA: 'Duck orange with mango salsa' bawa tuah, 2 pelajar muncul juara pertandingan memasak MSSCC ke-28

Sabaianah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media MYHC 2027 di Malaysian Tourism Centre (MaTic), Kuala Lumpur pada 17 September lalu. .

Menariknya, pertandingan ini terbuka kepada pelajar institusi pengajian tinggi serta individu yang sedang bekerja dalam industri.

Peserta berusia antara 18 hingga 25 tahun yang mempunyai minat mendalam dalam bidang memasak dialu-alukan untuk menyertai pertandingan.

“Kami tidak meletakkan sasaran penyertaan. Kami menerima sebanyak mana penyertaan, tetapi untuk peringkat akhir hanya 16 kumpulan sahaja.

Pertandingan ini terbuka kepada belia berusia18 hingga 25 tahun yang mempunyai minat mendalam dalam bidang memasak.

“Pertandingan ini terbuka kepada semua individu tanpa mengira latar belakang mereka dalam bidang kulinari,” ujarnya.

MYHC 2027 menawarkan dua kategori pertandingan iaitu Masakan Warisan Malaysia dan Masakan Asia dengan format penyertaan secara berkumpulan (dua orang peserta).

Hadiah utama bernilai RM5,000, manakala tempat kedua membawa pulang RM3,000 dan tempat ketiga sebanyak RM1,500 selain hadiah saguhati.

Untuk pendaftaran, sila hubungi talian 012-886 2415 (Puan Masnita) atau isi borang melalui pautan Google Form berikut.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Sirap buatan Malaysia tembus pasaran AS, produk digunakan di lebih 2,000 kafe, premis F&B

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Wanita terkilan, dakwa warga Indonesia 'ceroboh' majlis kahwin sebab nak makan percuma

Terhangat