info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Projek Melon Selangor catat kejayaan, fasa kedua buka lebih banyak peluang buat usahawan tani

Lead Image

SIAPA sangka tanaman melon yang ditanam dalam Rumah Pelindung Hujan (RPH) mampu mengubah nasib penduduk luar bandar sehingga menjana pendapatan ribuan ringgit dalam tempoh hanya beberapa bulan.

Begitulah yang berlaku menerusi projek Melon Selangor (Melosel) yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Selangor Smart Agro Park (SSAP) apabila peserta program berjaya menikmati pendapatan bersih mencecah RM4,500 seorang bagi pusingan pengeluaran pertama.

Kejayaan projek tersebut turut mendapat perhatian Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan melawat fasiliti SSAP sempena Program Gagasan Rumpun Selangor 2.0 pada 4 Jun lalu.

Projek tersebut turut mendapat perhatian apabila Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shahberkenan melawat fasiliti SSAP.

Apa yang menarik, Melosel bukan sekadar melon biasa tetapi varieti melon premium yang dibangunkan khas untuk Selangor menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) kerajaan negeri bagi memperkukuhkan sektor pertanian moden.

Melalui Program Inisiatif Pendapatan Rakyat – Usahawan Tani (IPR-INTAN) Melosel, sebanyak 15 unit RPH dibangunkan di Parit Baru dan Kampung Tebuk Berihun.

Setiap peserta menguruskan satu unit RPH yang menempatkan kira-kira 2,000 pokok melon.

Secara keseluruhan, projek itu melibatkan 30,000 pokok yang ditanam menggunakan sistem fertigasi moden bagi menghasilkan buah berkualiti premium.

MENARIK DIBACA: Selangor berjaya cipta melon lembut premium, rakyat diajak cadang nama

MENARIK DIBACA: Thailand alami lambakan stok udang, rugi besar gara-gara Malaysia sekat eksport

Bagi pusingan pertama pengeluaran antara November 2024 hingga Januari 2025, peserta di Kampung Tebuk Berihun merekodkan pendapatan bersih purata RM4,583 seorang.

Manakala harga ladang bagi Melon Gred A berjaya mencapai RM8 sekilogram, melebihi sasaran awal projek.

Di sebalik kejayaan Melosel, SSAP sendiri menjadi contoh bagaimana teknologi pertanian pintar mampu memaksimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan hasil pengeluaran.

Selain melon, kawasan itu turut menghasilkan beberapa komoditi bernilai tinggi seperti Nanas Yankee, Betik B9 dan kelapa hibrid.

SSAP sendiri menjadi contoh bagaimana teknologi pertanian pintar mampu memaksimumkan penggunaan tanah

Tanaman kontan seperti labu, bendi, terung dan pisang pula ditanam bagi menjana pendapatan lebih cepat sementara menunggu hasil tanaman utama.

Sehingga Disember 2025, SSAP merekodkan jualan berjumlah RM483,082 dengan pengeluaran hasil pertanian sebanyak 154.90 tan metrik.

Melihat kepada sambutan dan prestasi positif ini, PKPS merancang melaksanakan fasa kedua bermula Julai 2026 bagi memperluaskan pengeluaran serta membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tani tempatan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Piza kaviar harga lebih RM200 sepotong, dibuat guna doh Itali usia 60 tahun

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Peserta Malaysia menang cabaran MasterChef, menu roti canai cecah kari sambil tonton Piala Dunia tambat hati juri

Terhangat