KUALI | Dunia

Kecoh sebiji tomato RM20! Selepas dikecam pasar raya Kanada akui berlaku kesilapan

Lead Image

SEBUAH pasar raya di Quebec, Kanada mencetuskan perdebatan hangat apabila menjual sebiji tomato dengan harga yang dianggap tidak masuk akal oleh pelanggan.

Seorang pelanggan yang mengunjungi pasar raya IGA (Independent Grocers Alliance) di cawangan Fatima terkejut apabila mendapati tomato jenama Savoura dibungkus sebiji dalam bekas plastik.

Lebih mengejutkan, ada tomato yang dijual pada harga melebihi $5.07 (RM20).

Tomato fertigasi biasanya memang lebih mahal kerana ditanam dalam persekitaran terkawal namun ia boleh dibeli pada harga sekitar $8.80 (RM29.50) sekilogram di pasar raya seperti Metro dan Maxi.

Dalam hal ini, bukan sahaja harga menjadi isu malah pembungkusan berlebihan turut mengundang kritikan. 

Tindakan mempamerkan harga tomato secara sebiji dan berasingan itu mencetuskan kecaman ramai.

Ramai menyifatkan tindakan membalut setiap tomato secara berasingan adalah mengarut.

Rata-rata pelanggan meluahkan rasa marah dan terkejut ekoran tindakan pasar raya tersebut.

MENARIK DIBACA: Jangan buang air rebusan ikan! Wanita kongsi cara buat kolagen untuk kucing, boleh ganti 'wetfood'

MENARIK DIBACA: Gulai ikan Kedah dipuji sedap, tak sama negeri lain... Orang utara dedah rempah rahsia, cara masa

"Tak payah cerita pasal pembungkusan... tapi RM19.82 untuk sebiji tomato? Memang tak sanggup beli.

"RM19.82 untuk sebiji tomato? Tak berbaloi langsung!

"Ni dah boleh dapat tomato yang sama dengan harga lebih murah di Walmart. Kat sini sebenarnya kita bayar plastik dan kerja orang yang membungkus!

Tomato biasanya dijual dalam beberapa biji dalam satu pembungkusan.

"Mungkin tomato itu dibungkus satu-satu supaya tak tersilap 'scan' harga yang lebih murah di kaunter," luah mereka.

Bagaimanapun, menurut laporan media antarabangsa, pihak IGA di Fatima mengakui berlaku kesilapan dalaman.

"Selepas semakan dibuat, kami sahkan bahawa ini adalah kesilapan komunikasi dalaman melibatkan paparan dan penyediaan produk. 

"Tomato tersebut dibungkus secara berasingan secara tidak sengaja dan harga yang dipaparkan tidak mencerminkan niat asal," jelas wakil pasar raya tersebut.

Tambah mereka, pembetulan segera telah dibuat sebaik sahaja isu itu disedari.

"Kami akui situasi ini mungkin mengelirukan pelanggan dan langkah telah diambil bagi memastikan perkara sama tidak berulang," katanya lagi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Wanita buka kebun sayur untuk orang awam... Boleh petik sendiri, harga murah dari pasaran

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Teknik ‘no oil no butter’ jadi trend, makanan sihat dimasak influencer buat ramai terliur

Terhangat