KUALI | Sajian Warung

[V] Dari jauh baunya menusuk hidung, sup rawon Kak Nita guna tulang lembu dan tetel bangkit aroma

Lead Image

PERNAH dengar sup rawon atau juga dikenali sebagai sup hitam? Ya, makanan khas yang berasal dari Indonesia khususnya di bahagian wilayah Jawa Timur.

Sup rawon yang biasanya dimasak bersama daging, tidak sama seperti sup yang biasa dilihat di Malaysia daripada segi tekstur warna dan rasa.

Kuahnya berwarna hitam dan kaya dengan rasa rempah. Menariknya, kuah sup rawon itu sendiri diadun bersama dengan buah keluak sebagai bahan utama dalam masakan.

Bagi sesiapa yang teringin untuk merasai keistimewaan sup rawon, mungkin anda boleh cuba singgah ke warung D'Bayu Corner yang terletak di Seri Setia, Petaling Jaya, Selangor.

Selain sup rawon, warung D'Bayu Corner turut menawarkan menu istimewa lain seperti ayam penyet (ayam tua) dan tilapia bersama sambal hijau.

Lokaisnya agak tersorok, terletak di sebatang lorong sempit di antara deretan rumah kedai yang agak terpecil.

Pun begitu, warung yang diusahakan oleh pemiliknya yang mesra disapa Kak Nita itu tetap menjadi tumpuan warga setempat terutama pekerja asing dari Indonesia.

Tujuan mereka tidak lain untuk melepaskan rindu pada masakan kampung halaman ketika jauh merantau jauh ke negeri orang untuk mencari rezeki.

MENARIK DIBACA: [V] Memang puas dapat makan nasi goreng pedas puaka, peniaga tak kedekut letak udang selambak!

MENARIK DIBACA: Rendang daging Padang buat Nazia Mustafar jatuh cinta, bertahun cuba hasil resipi sama... Kini masak hampir 1 tan sebulan buat pelanggan

Menurut Kak Nita, sup daging rawon yang diusahakan dicampur bersama tulang lembu, sekali gus membangkitkan aroma dan rasa sup.

"Biasanya hidangan asli akan guna daging tetel. Tapi saya campur dengan tulang supaya rasanya lebih sedap dengan aroma tersendiri," katanya.

Selain sup rawon, antara hidangan lain yang turut mencuri selera adalah ayam penyet, di mana ayam yang digunakan adalah ayam pencen atau ayam telur tua.

Tiga pilihan sambal istimewa iaitu sambal merah, sambal penyet dan sambal hijau.

Sebagai pelengkap, warung D'Bayu Corner juga menyajikan set tilapia goreng, set pecel lele dan set burung puyuh dan bakso yang begitu mengiyurkan.

Tambah berselera apabila pelanggan boleh memilih tiga jenis sambal yang ditawarkan iaitu sambal merah, sambal hijau dan sambal penyet dengan rasa pedas, namun masih tetap nikmat.

C'Bayu Corner yang terletak di dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Lokasi:  No. 5474, Jalan SS9A/2, Seri Setia, Petaling Jaya

Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad (10 pagi – 8 malam)

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Warung

[V] Sedap, murah pula... Tak hairan nasi ayam kicap di Pantai Dalam KL ini jadi bualan ramai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Warung

Guna resipi turun temurun, rahsia kedai Sate Padang Pak Saf penuh pelanggan

Terhangat