KUALI | Sajian Restoran

Imbau nostalgia di Restoran Rebung Cef Ismail

Lead Image

REPUTASI kukuh dan kepercayaan pelanggan berterusan selama 25 tahun membuatkan Restoran Rebung Chef Ismail tidak jemu menghidangkan masakan tradisional warisan.

Mula menghidangkan sajian tradisional dengan resipi warisan keluarga di Bangsar, Restoran Rebung semakin berkembang apabila berpindah ke lokasi lebih besar di Taman Botanikal, Kuala Lumpur untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Apa membuatkan restoran milik Datuk Ismail Ahmad itu terus menjadi pilihan ramai kerana setiap masakan yang disajikan sangat konsisten dan mampu membuatkan pelanggan mengimbau kenangan.

Keseimbangan rasa masak lemak cili api dan tempoyak ikan juga membuka selera.

Hidangan warisan

Sejurus kaki melangkah ke dalam restoran, mata terpaku dengan kemeriahan dekorasi restoran yang cukup klasik.

Aroma 50 pilihan makanan yang disusun cantik terus membuatkan perut bertambah lapar apatah lagi kesemua menu disediakan memang membuka selera.

Jika ke Restoran Rebung Chef Ismail memang tak lengkap kalau tak rasa gulai lemak pucuk ubi dengan telur itik yang rasanya berkrim daripada santan segar digunakan selain pedas. 

Selain itu, menu asam pedas ikan pari antara sajian mendapat pujian.

MENARIK DIBACA: Menu juara medan selera, ikan bakar petai banjir jadi kegilaan pelanggan

MENARIK DIBACA: Gabungan rasa barat dan lokal fennel & co ditengah kehijauan Bukit Tunku

Padanan sempurna isi pari lembut dan bendi rebus yang empuk membuat sesi menjamu selera lebih memuaskan.

Kerabu mangga muda dihidangkan juga tidak kurang hebat rasanya. 

Boleh dikatakan setiap hidangan makan tengah hari di sini membangkitkan kenangan zaman kecil, makan bersila bersama keluarga di kampung.

Nasi ulam dan ayam masak sambal antara padanan hidangan sesuai untuk makan tengah hari.

Kenangan manis

Tak lengkap rasanya sesi makan tengah hari tanpa pencuci mulutnya seperti seri muka, kuih lapis menggoda setiap suapan selain tekstur lembut. 

Buat penggemar bubur, boleh juga cuba bubur kacang dan pulut hitam di mana kemanisannya sederhana.

Jarang sekali mengubah senarai menu, bufet tengah hari ditawarkan pada harga RM53 pasti membuatkan anda terbayang-bayang dan datang berkunjung kembali. 

Restoran Rebung Chef Ismail masih mengekalkan keaslian rasa wajik dan dodol diketengahkan.

Jadi tunggu apa lagi, cepat buat tempahan awal di 03-22763535/2525 dengan harga RM53 untuk dewasa dan RM37.10 (kanak-kanak).

Lokasi: 5-2 Cascade Parking Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Bufet Makan tengah hari, setiap hari bermula 11:30 pagi hingga 2:00 petang dan 2:30 petang hingga 4:30 petang.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Sajian Restoran

[V] Karya seni dalam pinggan di Grey Cafe, bukan sekadar gabungan 2 budaya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Restoran

[V] Gabungan rasa barat dan lokal fennel & co ditengah kehijauan Bukit Tunku

Terhangat