[V] Karya seni dalam pinggan di Grey Cafe, bukan sekadar gabungan 2 budaya
GABUNGAN elemen masakan barat dengan pengaruh Jepun di Grey Cafe yang terletak di Publika, Kuala Lumpur menyuntik kelainan dengan penambahan inovatif dalam hidang disediakan.
Lebih menarik, kafe yang dikendalikan penyanyi dan pempengaruh masakan versatil, Sid Murshid itu turut menawarkan konsep sajian mesra selera lokal.
Jika berkesempatan ke sana, apa kata cuba Katsu Chicken Sando, roti shokupan Jepun dipanggang dengan isi ayam katsu rangup dan gabungan sayur jeruk serta sos katsu memberi keseimbangan rasa antara masam manis.

Pilihan Kuali semestinya Hamburg Sando, sanwic Jepun menggunakan daging hamburger sebagai inti utama, berbeza dengan ayam katsu atau tamago popular di kafe bergaya Jepun.
Roasted Chicken with Orange Miso juga jangan lupa dicuba - yang menggabungkan ayam panggang dengan sos miso oren menyelerakan.
Keenakan Miso Cabonara, keseimbangan spaghetti dengan sos miso krim, potongan daging bacon lembu dan keju Parmesan membuatkan sesi menjamu selera cukup puas.
MENARIK DIBACA: Menu nostalgia di Restoran Rebung Cef Ismail
MENARIK DIBACA: Menu juara medan selera, ikan bakar petai banjir jadi kegilaan pelanggan
Kek Hojicha Mont Blanc pemikat selera
Di Grey Cafe bukan sahaja menyediakan sajian menyelerakan tetapi turut memberi pelanggan pelbagai pilihan pastri yang buat rambang mata.
Jangan lupa cuba kek Hojicha Mont Blanc yang unik dengan krim kasta seakan balutan mi bersama krim teh hijau hojicha yang harum.
Kelainannya sudah tentu pada gabungan teknik pastri klasik Perancis dengan bahan premium dari Jepun - Ia bukan sekadar manisan tetapi ibarat karya seni dalam pinggan.
Tidak kurang menarik, Black Sesame Cheesecake dan Super Brownies, dengan tekstur rangup di luar, lembut di dalam, memberikan pengalaman menjamu selera memuaskan.

Aneka minuman
Sementara itu, bagi seleksi minuman sejuk, Peach Cold Brew menggabungkan rasa manis buah pic putih dengan sentuhan bunga osmanthus dan ume plum, disajikan bersama air soda berkrim.
Minuman dengan rasa unik itu memberikan kesegaran kepada tekak sesuai dinikmati pada hari yang panas.
Menggabungkan elemen moden, BuIchigo Cheesecake Latte menggabungkan espresso shot dengan sirap beri liar dan susu segar, gabungan manis dan sedikit masam persis kek keju strawberi.

Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi melalui Instagram atau WhatsApp di +6011 1016 1076.
Lokasi: A1-G2-01, Publika, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin hingga Ahad - 9:00 pagi hingga 7:00 malam (Selasa - Tutup)