KUALI | Bufet

Kulinari warisan sentuhan ATAS memikat selera, rendang tok rusuk lembu serlah sajian klasik

Lead Image

KALAU anda mencari kehalusan rasa autentik disuntik dengan tarikan moden, ATAS, The RuMa Hotel & Residences adalah destinasi makan wajib masuk dalam senarai.

Dibawah seliaan Chef Eksekutif, Suhaimi Tasir, restoran butik hotel lima bintang itu mengangkat kulinari warisan dengan nafas baharu sambil menterjemahkan keagungan akar umbi bangsa.

Hidangan signatur yang mencuri tumpuan adalah Rendang Tok Rusuk Lembu sajian klasik dari Perak yang lazimnya ditemui ketika musim perayaan.

Hidangan klasik diberi sentuhan moden mencuri tumpuan.

Keenakan sajian itu juga sebaik dinikmati bersama nasi atau hidangan pulut bergantung pada selera masing-masing.

Tak kurang menarik, hidangan klasik diberi sentuhan moden Udang Galah Otak-Otak– kombinasi laut dan rempah dalam satu pinggan padu dengan rasa dan warna.

Melebihi hidangan laut biasa, gabungan antara kemewahan rasa, tekstur di mana isi udang galah segar disalut dengan pes otak-otak berempah menambah aroma dalam setiap suapan. 

Dimasak sempurna untuk menghasilkan lapisan rasa kompleks memikat, sentuhan warisan dihidangkan itu membawa selera lokal ke tahap lebih atas. 

MENARIK DIBACA: Menu juara medan selera, ikan bakar petai banjir jadi kegilaan pelanggan

MENARIK DIBACA: [V] Memang puas dapat makan nasi goreng pedas puaka, peniaga tak kedekut letak udang selambak!

Tak lengkap sesi menjamu selera jika tiada pemanis mulut sebagai penutup sebelum beralih ke minuman. 

Selera tempatan dikejutkan dengan gabungan tradisi dan Perancis menjadikan sesi menikmati sajian terhidang kenangan manis elegan. 

Rasa manis, berkrim dengan penuh tekstur pada menu itu adalah gabungan keseimbangan antara kelembutan ubi, kekenyalan sagu dan santan berlemak disaji sempurna.

Manisan klasik Creme Brulee Nangka pula diolah semula menjadi pencuci mulut hadir dengan lapisan karamel rangup di atas puding lembut berperisa nangka, membangkitkan lagi aroma tropika memikat.

Pemanis mulut yang disajikan masih kaya dengan rasa klasik biarpun menampilkan elemen moden.

Dekorasi restoran dengan suasana mewah, tenang dan penuh karakter, pengalaman makan makan tengah hari atau makan malam istimewa bersama tersayang atau rakan terdekat di sini lebih bermakna. 

Untuk tempahan boleh hubungi talian +603 2778 0763 atau layari www.theruma.com

Lokasi: ATAS, The RuMA, 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Set Makan Tengah Hari Eksekutif & Menu a la carte 

                         (Isnin hingga Sabtu, 12:00-2:30 petang)

                        : Makan Malam a la carte setiap hari (6:00 – 10:00 malam)

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Bufet

Tak perlu ke Penang... Jom serbu bazar di Moxy Putrajaya, char kuey teow dan pasembor pun ada!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Bufet

Rasa enak, banyak pilihan makanan... Puas hati bayar bufet RM25 di Restoran Tanjung Puteri

Terhangat