KUALI | Singgah Makan

[V] Macam tak percaya KL ada ‘ladang’ strawberi, siap boleh petik sendiri dalam kafe

Lead Image

MACAM tak percaya di tengah-tengah Kuala Lumpur rupanya ada ladang strawberi segar macam dekat Cameron Highlands! 

Siapa sangka dalam bangunan bersejarah di REXKL terselit satu spot lepak sambil menikmati strawberi segar yang ditanam di dalam chiller moden. 

Jadi kalau anda tengah mencari tempat unik untuk chill dan menikmati pencuci mulut segar, BerryGood kafe ini memang wajib masuk senarai singgah!

Kafe ini menampilkan konsep 'ladang' strawberi yang ditanam dalam chiller.

Paling menarik, pengunjung boleh merasai sendiri strawberi segar yang dipetik terus dari ladang mini di kafe ini.

Teknologi moden menanam strawberi dalam chiller ini bukan saja unik tapi mereka menghasilkan buah premium, masam manis dan segar.

MENARIK DIBACA: Pernah dengar fasal ikan sebelah? Ini fakta menarik tentangnya

MENARIK DIBACA: Kenapa mi goreng Sabah berbeza? Ini resipi asli untuk anda cuba

Antara pencuci mulut wajib dicuba ialah Yogufrosty yang berharga RM18. 

Teksturnya sangat halus, tidak cair dan digabungkan pula dengan sirap buah strawberi pekat manis menjadikannya hidangan menyegarkan.

Antara pilihan pencuci mulut paling popular iaitu Yogufrosty.

Selain itu, minuman BerryShakee juga merupakan pilihan popular dalam kalangan pelanggan. 

Dengan harga RM16, minuman ini dihasilkan daripada campuran yogurt buatan sendiri, susu, strawberi dan sirap buah-buahan. 

Bukan setakat itu, ia turut datang dengan krim putar serta potongan strawberi menambahkan lagi kesegaran rasa.

Bukan setakat pencuci mulut, pilihan cenderahati juga tersedia di kafe BerryGood REXKL.

Kalau nak cuci-cuci mata pula, BerryGood bukan sahaja menawarkan pencuci mulut malah menawarkan pelbagai barangan cenderahati seperti beg karung, kemeja T dan lencana Berry.

Jadi kepada anda yang ingin berkunjung ke REXKL, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke ‘ladang’ strawberi ini.

Selain dapat menikmati pencuci mulut sedap dan segar, anda juga dapat menikmati suasana unik yang jarang ditemui di tengah bandar seperti Kuala Lumpur. 

Lokasi: BerryGood REXKL

Waktu operasi: 10 pagi hingga 8 malam

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

Terhangat