DSV guna tangan 'cedok' bihun goreng, Fazley tergamam!
RAMAI mengetahui hubungan antara Datuk Fazley Yaakob dan Datuk Seri Vida (DSV) kini sedang bahagia bercinta.
Masing-masing mengakui kini mereka dalam fasa mengenal hati budi dan merancang untuk menghalalkan hubungan dalam masa terdekat.
Fazley yang juga cef selebriti tidak asing lagi dalam dunia hiburan dan kulinari, selepas menjuarai porgram MasterChef Selebriti musim pertama pada 2012.
DSV pula popular dalam dunia perniagaan berasaskan kesihatan dan kecantikan atas jenamanya sendiri.
Sejak bercinta, apa sahaja yang dilakukan Fazley mahupun DSV sentiasa menjadi perhatian netizen, terutama sekali gelagat saling usik-mengusik yang dikongsikan dalam media sosial.
Terbaharu, perkongsian video Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, sedang makan bersama Fazley, 48, di rumahnya mengundang rasa lucu netizen.

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan Vida selamba menggunakan tangan mengambil bihun goreng yang dihidang sebelum diletakkan ke dalam pinggan buah hatinya.
"DSV ambil bihun guna tangan, terkedu Dida (panggilan Fazley) tengok," tulis kapsyen pada video tersebut.
Raut wajah Fazley jelas menunjukkan dia tergamam melihat tindakan bersahaja DSV, tetapi sempat mengucapkan 'terima kasih sayang' kepada wanita tersebut.
Menurut Vida, dia tidak menggunakan senduk atau garpu untuk mengambil bihun yang dihidangkan kerana menggunakan tangan adalah cara lebih senang.
Bagaimanapun, DSV yang dikenali sangat mementingkan aspek kebersihan ada memberitahu tangannya sudah dibasuh.
MENARIK DIBACA: Rita Rudaini tak kisah 'shopping' barang dapur seorang diri, ada ChatGPT di sisi dah cukup!
MENARIK DIBACA: [V] Yasin cerita pengalaman makan di penjara, kuah rasa air kosong - "Tak rindu langsung"
"Susah nak guna garpu, tangan saya bersihlah," katanya ringkas.
Gelagat kedua-dua pasangan itu kemudiannya mengundang usikan netizen, terutama Fazley yang dikenali seorang lelaki beretika.
"Punyalah Datuk Fazley selama ini beretika orangnya.
"Dah kahwin nanti lagi banyak kejutan. Menyesal pun tak guna.
"Kata sayang, jadi terimalah seadanya. Tiada manusia yang sempurna," komen beberapa netizen.

Tidak kurang juga komen memberi teguran kepada Vida supaya menonjolkan imej lebih elegan terutama sewaktu berada di meja makan.
"DSV kenalah elegan sikit di meja makan, jangan gelojoh. Dida tu orangnya beradab di meja makan, seorang cef dan daripada keluarga elit," tegur netizen.