info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Selebriti

[V] Di Kedah jual merata tempat, Chech Harith tercari-cari gulai batang pisang di KL

SEBAGAI anak jati Kedah, pelakon meningkat naik, Chech Harith berkongsi antara makanan istimewa yang cuma ada di utara Semenanjung terutama dari negeri kelahirannya, iaitu gulai batang pisang.

Chech atau nama penuhnya Che Harith Nazhan Che Rosli, 23, berkata di Kuala Lumpur agak sukar untuk mencari hidangan gulai batang pisang yang lazimnya dimasak bersama daging, malah belum pernah menemui lauk itu dijual di sini.

Menurut pemegang watak Mazli dalam naskhah bersiri popular Kudrat 1968: High Council ini, gulai batang pisang memang menjadi lauk yang sinonim dengan masyarakat di Kedah dan sangat mudah ditemui digerai makan.

Gulai batang pisang selalunya dimasak bersama daging.

Bagaimanapun, dia mengakui sukar menemui juadah tersebut di kedai atau restoran sekitar Kuala Lumpur.

"Saya pun sebenarnya tak berapa tahu dari mana asal usulnya gulai batang pisang, tapi kalau di Kedah masakan ini memang popular.

"Di kenduri atau kedai makan mesti ada gulai batang pisang ni. Memang sedap!

"Tapi kalau di sini (Kuala Lumpur) susahlah nak jumpa," ujar bekas penuntut jurusan Seni Teater dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu.

MENARIK DIBACA: Cara buat nasi kuning Pantai Timur, terbaik makan dengan gulai pekat ikan aya

MENARIK DIBACA: Kuah pekat, aroma rempah bikin perut berbunyi! Berbaloi masak sendiri gulai ayam Kelantan

Ketika disoal tentang makanan kegemarannya, Chech memilih ayam gepuk antara juadah yang menjadi kesukaannya.

Diminta untuk memberikan pandangan apabila fenomena ayam gepuk seolah-olah telah meminggirkan menu tempatan lain seperti nasi ayam dan nasi kukus, lelaki bertubuh genit itu tidak melihat perkara tersebut sebagai satu masalah untuk diperdebatkan.

Di kenduri atau kedai makan mesti ada gulai batang pisang

Chech Harith

Katanya, makanan juga melalui evolusi mengikut tekak dan permintaan pengguna.

"Fenomena ayam gepuk tidak akan selama-lamanya kekal sebab satu hari nanti akan muncul fenomena makanan lain pula.

"Mana tahu satu hari nanti akan ada satu makanan Melayu menjadi tular, kalau bukan di Malaysia mungkin di Indonesia pula," tegasnya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Selebriti

[V] Bukan tak sedap, Dai Fuad dedah sebab tak selalu makan ayam gepuk

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

DSV guna tangan 'cedok' bihun goreng, Fazley tergamam!

Terhangat