Patutlah cun sentiasa! Ini makanan rutin 7 artis K-Pop untuk cantikkan kulit, rambut
KULIT 'glowing' dan rambut sihat seseorang bukan semata-mata disebabkan hasil penggunaan produk 'skincare' mahal atau rutin penjagaan jangka panjang.
Apa yang masuk ke dalam badan juga memainkan peranan penting dalam menjaga penampilan kulit wajah dan rambut.
Sebab itu, ramai selebriti dan idola K-pop turut mementingkan aspek pemakanan dalam kehidupan seharian mereka.
Daripada strawberi, telur, kimchi hinggalah coklat gelap, ini antara makanan yang dikaitkan dengan rutin beberapa artis Korea untuk membantu mengekalkan penampilan cantik dan sihat.

1. IU – Strawberi
IU dikatakan gemar makan strawberi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan 'glowing'.
Strawberi kaya dengan vitamin C, antioksidan dan likopena yang baik untuk kulit serta rambut.
2. Son Na-eun – Telur
Son Na-eun pula mempunyai rutin mengambil telur ketika sarapan.
Telur kaya protein yang diperlukan tubuh untuk menghasilkan kolagen bagi membantu mengekalkan keanjalan kulit.
MENARIK DIBACA: Maryam You Narae ajar petua Korea... Campuran buah pear, lobak putih bantu cairkan kahak bayi
MENARIK DIBACA: Selepas Korean pancake, ramai cari resipi bibimbap pula... Cara buatnya kena sabar baru sedap
3. Lisa Blackpink – Kopi
Lisa memulakan hari dengan secawan kopi.
Selain memberikan tenaga, kopi mengandungi antioksidan yang baik untuk kulit, tetapi elak minum berlebihan.
4. Bae Suzy – Kimchi
Suzy dikatakan gemar menikmati kimchi yang kaya dengan bakteria baik.
Makanan diperam ini boleh membantu menyokong kesihatan sistem pencernaan yang turut dikaitkan dengan kesihatan kulit.
5. Son Ye-jin – Buah Pic
Son Ye-jin dikatakan gemar makan buah pic.
Buah ini mengandungi vitamin A, vitamin C dan antioksidan yang membantu menyokong kesihatan kulit.

6. Jessica Jung – Anggur Merah
Jessica Jung dikatakan menggemari anggur merah yang kaya dengan polifenol.
Sebatian antioksidan ini membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.
7. Krystal Jung – Coklat Hitam
Krystal Jung dikaitkan dengan pengambilan coklat gelap (dark chocolate).
Kandungan flavanol dalam coklat gelap mempunyai sifat antioksidan dan boleh menyokong kesihatan kulit.
Pilih yang mengandungi sekurang-kurangnya 70 peratus koko.