KUALI | Menu Selebriti

[V] Selera Sharifah Shahora dah tak macam dulu - "Sebelum ini sahur makan banyak sebab takut lapar"

Lead Image

SEIRING peningkatan usia, pelakon dan penerbit drama, Sharifah Shahora mengakui selera makannya terutama ketika di bulan Ramadan tidak lagi seperti dahulu.

Kalau sebelum ini, selebriti berusia 51 tahun itu memberitahu akan makan dengan banyak semasa bersahur kerana takut berasa lapar dan tidak larat untuk bekerja.

Namun pemilik nama lengkap Sharifah Shahora Syed Akil itu berkata semuanya berubah selepas dia faham erti sebenar puasa iaitu menahan lapar dan dahaga, sekali gus membuatkan dia lebih istiqamah untuk menyambut bulan mulia ini.

Sharifah Shahora lebih suka masak sendiri berbanding ke bazar Ramadan kerana lebih yakin dengan air tangan sendiri.

"Mungkin disebabkan faktor usia saya kini dah kurang makan ketika bersahur.

"Berbanding dulu, saya takut sangat kalau lapar.

"Tapi bila saya dan 'beriman' sedikit dan tahu makna sebenar puasa, saya belajar untuk tidak berlebih-lebihan ketika berbuka dan bersahur.

MENARIK DIBACA: Kombinasi pedas, masam, berlemak... Daging dendeng batotok tak cukup sepinggan nasi

MENARIK DIBACA: Lepas makan asyik nak 'berasap'! Perokok perlu tahu bagaimana tabiat ini bahayakan tubuh

Bercerita lebih lanjut mengenai bulan Ramadan, isteri kepada pengarah Raja Mukhriz itu lebih memilih untuk masak di rumah kerana lebih yakin dan selesa dengan air tangan sendiri.

Pada masa sama, pelakon drama Penanggal itu mengelak untuk pergi ke bazar Ramadan kerana mudah berasa kasihan dengan peniaga-peniaga di sana dan akan membeli dengan banyak.

Sharifah Shahora bersyukur kerana suaminya iaitu pengarah Raja Mukhriz tidak terlalu cerewet soal makan.

"Saya lebih suka masak di rumah ketika bulan puasa kerana rasa lebih selamat (bersih).

"Bukan saya tidak suka ke bazar Ramadan, suka dan masakan mereka (peniaga) sedap-sedap. Tapi bazar berdekatan rumah saya (Taman Melawati) sangat padat dan susah parkir.

"Lagi pun saya jenis cepat kasihan dengan peniaga di bazar dan akhirnya akan beli macam-macam sampai rumah saya sendiri jadi macam bazar Ramadan," katanya.

Berkongsi cerita tentang kehidupannya sebagai isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata perempuan, Shahora memberitahu dia telah mendidik anaknya yang masing-masing berusia 17 dan 14 tahun memasak sejak kecil lagi.

Saya lebih suka masak di rumah ketika bulan puasa kerana rasa lebih selamat (bersih)

Sharifah Shahora

Ini kerana dia mahu dua orang puterinya itu berdikari apabila sudah dewasa dan tidak kekok berada di dapur.

"Saya sendiri sangat sibuk, jadi sejak kecil saya sudah didik anak-anak belajar memasak.

"Alhamdulillah anak-anak sangat memahami, malah mereka boleh masak sendiri apa sahaja menu yang mahu mereka makan.

"Cuma anak yang bongsu saya agak risau sedikit dan masih perlu dipantau jika dia menggunakan dapur gas untuk memasak," jelasnya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Isyariana cerewet bab makan - "Saya tak boleh telan kalau tak sedap walaupun tengah lapar"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Dua tahun berniaga di bazar Ramadan... Kali ini Cat Farish dan Shikin Maembong mahu kejar pahala bulan puasa

Terhangat