Sandwich keju cheddar dan colby menawan hati, menu sesuai hari ‘cheat day’
SESUAI dijadikan sebagai snek atau hidangan ringan, hidangan berasaskan roti seperti sandwich antara hidangan ringkas menjadi perhatian.
Apa yang menarik mengenai sandwich, ia boleh dihasilkan menggunakan pelbagai bahan mengikut cita rasa masing-masing.
Tapi resipi yang ingin dikongsi Kuali kali ini memang special! Gabungan dua jenis keju iaitu cheddar dan colby memang buat ketagih.
MENARIK DIBACA : Guna 3 bahan sahaja, cef kongsi resipi udang goreng bersama durian
MENARIK DIBACA : Kari Jepun lagi sedap, cara penyediannya pula memang mudah
Ditambah pula dengan hirisan daging ayam belanda dan acar manis, menaikkan lagi rasanya.
Sesuai betul sebagai menu 'cheat day'. Jom ikut resipi mudah ini.
Bahan-bahan
- 8 keping roti sanwic dipotong tebal
- 4 sudu besar mentega dicairkan
- 8 keping hirisan daging ayam belanda
- 4 keping keju Cheddar
- 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
- 4 sudu besar acar manis
- 170gram keju Colby diparut
Langkah penyediaan
- Panaskan kuali dengan api sederhana. Sapu mentega pada kedua-dua belah roti.
- Letakkan empat keping roti dalam kuali kemudian lapiskan dengan satu keping keju, hirisan daging ayam belanda, bawang, acar buah dan sedikit keju parut di atasnya.
- Letakkan sekeping roti lagi di atas setiap sandwich dan gunakan spatula untuk menekan sandwich selama beberapa saat.
- Setelah bahagian bawah roti berwarna coklat keemasan, terbalikkan sandwich dan masak lagi sehingga keju di dalamnya cair sempurna.
- Pindahkan sandwich ke papan pemotong dan potong dua. Siap untuk dinikmati.