KUALI | Tip & Trik

Jangan tersilap! Ada beza 'baking soda' dan 'baking powder' dalam membuat kek 

Lead Image

RAMAI orang keliru dan sering tersilap menggunakan baking soda atau baking powder ketika membuat kek. 

Mana tidaknya, kedua-duanya kelihatan hampir sama malah namanya pun tidak jauh beza.

Bagi yang belum tahu, baking soda dikenali sebagai soda bikarbonat, manakala baking powder ialah serbuk penaik.

Kedua-duanya adalah agen penaik yang digunakan untuk mengembangkan kek dan pastri. 

Apa yang membezakan keduanya ialah kandungan asid di dalamnya yang menentukan cara adunan mengembang dan tekstur kek.

Kedua-dua bahan bertindak sebagai agen penaik.

Baking soda

Baking soda hanya terdiri daripada sodium bikarbonat, tanpa kandungan asid.

Ia bersifat alkali dan hanya bertindak apabila bercampur dengan bahan berasid seperti buttermilk, yogurt, coklat, keju, sour cream, atau cuka.

Tindak balas ini menghasilkan gas karbon dioksida yang membuatkan doh mengembang dan naik.

Baking soda sesuai untuk pelbagai jenis kek seperti roti, biskut, dan brownies.

Penggunaannya mesti diukur dengan tepat kerana jika berlebihan, ia boleh memberi rasa pahit.

MENARIK DIBACA: Rendam dalam air limau nipis cara mudah kupas kulit udang, jari pun tak sakit!

MENARIK DIBACA: Selain pisang dan nanas, buah-buahan ini lagi sedap kalau dipanggang

Baking powder

Baking powder pula adalah bahan penaik lengkap, yang boleh mengembangkan adunan sendiri tanpa bantuan bahan berasid.

Ia sudah mengandungi sodium bikarbonat dan komponen asid lain seperti cream of tartar.

Apabila dicampur ke dalam doh, sedikit gas karbon dioksida dibebaskan manakala baki gas dibebaskan apabila doh dipanaskan dalam oven.

Kandungan asid membolehkan tindak balas berlaku dua peringkat, menjadikan doh lebih naik dan teksturnya rangup.

Baking powder biasanya digunakan untuk resipi tanpa bahan berasid, seperti biskut, roti jagung, atau pancake.

Kesilapan dalam penggunaan bahan menjadikan kek bantat.

Adakah baking soda boleh digantikan?

Boleh tetapi jumlah perlu tiga kali ganda. Misalnya, 1 sudu teh soda penaik bersamaan 3 sudu teh baking powder.

Namun, alternatif ini kadang-kadang boleh menjejaskan hasil dan tekstur kek berubah padat keras.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Bukan sekadar rebus dengan air garam, ada cara kurangkan rasa pahit lemon

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Nak makanan tahan lama? Ini 5 rahsia yang ramai tak tahu

Terhangat