Air garam dan kulit buah-buahan bantu hilangkan hanyir, tiada lagi bau ‘ikan’ selepas seharian di dapur
SIAPA yang tak pernah rasa kurang selesa bila tangan berbau hanyir selepas menyiang ikan atau bawang?
Bau hanyir ini bukan sahaja menggangu deria bau malah boleh membuatkan kita rasa kurang yakin terutama perlu menyambut kepulangan suami dari pejabat.
Pasti kita tidak mahu berbau 'ikan' saat menyambut suami, bukan?
Jangan bimbang ada beberapa petua mudah dan berkesan yang boleh dicuba untuk menghilangkan bau tersebut.

1. Air perahan limau nipis dan cuka
Antara cara paling popular dan mudah ialah menggunakan air perahan limau nipis atau cuka.
Selepas selesai membersihkan ikan atau bawang, perah sedikit limau nipis dan gosokkan airnya pada tangan, atau titiskan sedikit cuka dan ratakan.
MENARIK DIBACA : Hampas kelapa paling berkesan tajamkan mata pisau blender, siap boleh hilangkan bau dan sisa minyak
MENARIK DIBACA : Tak perlu rebus sampai 3 jam guna pressure cooker, teknik '5-30-7' cukup buat isi daging mudah lembut
Biarkan selama beberapa minit sebelum membasuh dengan air bersih. Asid semula jadi dalam limau nipis dan cuka mampu meneutralkan bau hanyir dengan efektif.

2. Garam kasar atau baking soda
Selain itu, garam kasar atau baking soda juga sangat berkesan sebagai bahan penghilang bau.
Caranya, campurkan sedikit garam kasar atau baking soda dengan air, kemudian gosokkan pada tangan seperti skrub.
Bahan ini akan membantu menghilangkan minyak dan bau daripada tangan dengan lebih cepat.

3. Kulit Buah-Buahan
Kulit buah-buahan seperti limau, oren, atau epal juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau.
Gosokkan kulit buah tersebut pada tangan anda, kemudian bilas dengan air.
Selain bau hanyir hilang, tangan anda juga akan berbau segar semula.

4. Air Garam
Rendam tangan dalam air garam suam selama beberapa minit juga membantu menghilangkan bau hanyir.
Air garam bertindak sebagai antiseptik dan membantu membersihkan sisa bau daripada kulit.

5. Sabun
Pilih sabun yang mempunyai bau kuat seperti sabun limau atau sabun herba ketika mencuci tangan selepas memegang ikan atau bawang.
Bau sabun yang kuat boleh menutupi bau hanyir dan meninggalkan tangan berbau harum.