KUALI | Nutrisi

Leher dan ketiak berkerak jadi hitam, sental pun tak hilang… Awas petanda awal diabetes

Lead Image

KULIT berkerak dan kehitaman pada bahagian leher, ketiak atau pelipat bukanlah daki biasa.

Walaupun anda gosok sekuat mana dengan sabun atau berus, kesannya tetap tak hilang!

Sebenarnya, keadaan ini boleh jadi tanda awal penyakit diabetes, terutamanya jika anda kerap mengambil makanan atau minuman tinggi gula.

MENARIK DIBACA: Usia 30 dan kesuburan wanita, ini panduan sokong kesihatan reproduktif

MENARIK DIBACA: Kandungan gulanya 2 kali ganda, ramai tak tahu ‘cheese leleh’ bukannya keju asli

Apabila kadar gula dalam darah meningkat, ia boleh memberi kesan pada kulit, saraf dan pembuluh darah sekali gus menjadi amaran awal kepada penyakit kronik berbahaya.

Jom kenali beberapa punca dan tanda-tandanya:-

Gaya hidup sihat perlu diamalkan sentiasa.

1. Pengambilan gula tinggi punca diabetes

Bila kita kurang bersenam dan makan tak sihat, tubuh mula sukar memproses glukosa (gula dalam darah).

Akibatnya, gula terkumpul dalam darah dan meningkatkan risiko diabetes jenis 2.

Apabila paras gula darah terlalu tinggi, ia boleh merosakkan pembuluh darah dan saraf, menyebabkan kaki mudah luka dan lambat sembuh.

Malah, perubahan warna kulit pada kaki juga boleh jadi tanda awal komplikasi diabetes — jangan abaikan!

Keadaan kaki begini berlaku disebabkan predaran darah tidak lancar.

2. Dermotik diabetik (kulit kaki menghitam)

Pesakit diabetes yang tidak terkawal selalunya akan perasan tompok hitam dan bersisik pada kaki.

Keadaan ini dikenali sebagai dermopati diabetik, yang berlaku apabila peredaran darah tidak lancar akibat paras gula tinggi.

Walaupun tidak menyakitkan, ia menandakan ada masalah pada pembuluh darah kecil.

Sebab itulah pentingnya periksa kaki setiap hari untuk mengesan sebarang perubahan!

 Kulit yang mengalami perubahan warna yang gelap pada lipatan badan.

3. Lipatan kulit jadi hitam dan tebal

Kalau kulit di leher, ketiak atau celah paha makin gelap dan terasa tebal, itu mungkin tanda acanthosis nigricans.

Kondisi ini berlaku bila tubuh mula kebal terhadap insulin — hormon yang berfungsi mengawal gula dalam darah.

Bila insulin tak berkesan, gula tak dapat masuk ke dalam sel dan terkumpul dalam darah, menyebabkan rintangan insulin.

Luka yang kecil menjadi lebih besar disebabkan masalah daibetes yang dialami.

4. Luka kaki menghitam

Bagi pesakit diabetes, luka kecil pun boleh jadi bahaya.

Jika tak sembuh, ia boleh bertukar jadi gangren, iaitu jangkitan yang rosakkan tisu hingga kulit jadi hitam dan berbau.

Kalau dibiarkan tanpa rawatam, keadaan ini boleh sampai tahap amputasi (pemotongan anggota badan).

Oleh itu, penting untuk kita mengambil Langkah pencegahan sebelum terlambat seperti berikut:-

  1. Mengurangkan minuman manis dan makanan diproses
  2. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari
  3. Periksa kaki dan kulit setiap hari, terutamanya bagi penghidap diabetes
  4. Gunakan pelembap supaya kulit tidak kering atau pecah yang boleh mengundang jangkitan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Ingat makan roti boleh kurus, rupanya nasi lebih rendah kalori

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Tembikai dan garam kombinasi semula jadi singkir lemak perut

Terhangat