info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Murid jual 'choco jar' RM1, ramai terkesima tengok coklat digunakan

Lead Image

TINDAKAN seorang murid mencari duit poket sendiri dengan menjual 'choco jar' di sekolah mengundang perhatian netizen.

Mana tidaknya, harga 'choco jar' ditawarkan cukup murah iaitu hanya RM1 sebekas, tetapi bahan yang digunakan pula terdiri daripada coklat jenama premium.

Perkara itu dikongsikan seorang wanita menerusi Threads, selepas adiknya menyuarakan hasrat untuk menjual 'choco jar' kepada rakan-rakan di sekolah.

“Adik macam nak jual 'choco jar' dekat sekolah yang harga RM1 kak. Ya dik, jual.

Netizen terkejut dengan penggunaan coklat premium membuat choco jar.

“Abang ipar dia (adik) pun belikan coklat dan 'cereal'. Untung dia ambil buat beli 'squishy' nanti,” kongsinya.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mencuri perhatian netizen yang rata-rata terkesima melihat coklat digunakan untuk membuat 'choco jar' berkenaan.

Ada yang beranggapan harga RM1 itu terlalu rendah sehingga bimbang tidak balik modal.

“Adik, abang ipar awak dari ‘kayangan’. Coklat mahal dia bagi. Akak nak beli 10 bekas kalau begini.

MENARIK DIBACA: Peniaga bazar perlu patuh 4 syarat ini sebelum berniaga, pakai cincin antara larangan ketika kendali makanan

MENARIK DIBACA: Serik kejadian lalu, wanita kini lebih tenang selepas letak label pada tong gas

“Satu bekas sepatutnya RM5 adik jual, terkejut tengok coklat digunakan. Kalau tak pun, buat makan sendiri.

“Risau tak balik modal. Abang ipar lupa ke nak beritahu guna coklat mahal jangan jual murah.

“Abang ipar tak cuak ke kalau dapat banyak ‘repeat order’ nanti,” komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang menganggap usaha tersebut tetap wajar dipuji kerana murid berkenaan sudah mula belajar mencari duit sendiri.

“Modal pun tak dapat balik dik. Tapi penting usaha nak cari duit sendiri.

“Guna coklat mahal jual RM1? Sekurang-kurangnya satu bekas RM3, tapi masih tak ada untung.

Netizen berseloroh mahu borong choco jar.

“Harga coklat saja tak balik modal.

“Kalau coklat ni, ‘aunty’ nak borong semua, 20 bekas pun tak apa.

“Jual RM1 tu okay, tapi bila tengok coklat digunakan tak masuk akal rasanya,” komen netizen lagi.

Di sebalik isu harga dan modal, usaha kecil murid ini sebenarnya mencerminkan satu perkara menarik iaitu semangat untuk belajar berniaga sejak di bangku sekolah.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Disangka percuma, pelanggan terkejut segelas air suam berharga RM1.60

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Pelancong Asia kongsi layanan di restoran Itali, banyak perkara tak menyenangkan!

Terhangat