info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kisar karipap jadi bubur, cara menantu beri makan mentua uzur jadi perhatian

Lead Image

MENJAGA ibu bapa atau ahli keluarga yang sudah berusia dan uzur, salah satu cabarannya adalah memikirkan menu makanan sesuai setiap hari.

Mereka mungkin tidak mampu lagi menikmati makanan seperti biasa, lebih-lebih lagi yang keras dan sukar dikunyah.

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Sara Kamaruzaman berkongsi cara kreatif menyediakan makanan untuk ibu mentua yang sudah berusia.

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk makanan lain yang keras.

Menurutnya, makanan yang biasa dinikmati mentua, juga bergelar warga emas masih boleh dimakan seperti biasa mengikut seleranya.

“Petang tadi old baby (mentua) makan karipap,” ujarnya menerusi hantaran video di laman TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, karipap dikisar bersama sedikit air sehingga menghasilkan tekstur seperti bubur supaya lebih mudah dikunyah dan ditelan oleh ibu mentuanya.

MENARIK DIBACA: Selera menurun seiring peningkatan usia, ada cara bangkit nafsu makan orang tua

MENARIK DIBACA: Nenek 100 tahun jadi bintang mukbang, video makan ketam buat netizen kagum

“Bubuh air sikit, takut tak 'jalan'. Bau dia sedap, dan rasa pun sedap juga!” katanya.

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk makanan lain yang keras supaya warga emas masih dapat menikmati makanan kegemaran mereka dengan tekstur yang lebih sesuai.

Menerusi video berkenaan, warga emas itu dilihat makan dengan penuh berselera sehingga licin bekas makanannya.

Perkongsian itu mengundang perhatian netizen yang rata-rata memuji idea tersebut, cukup berguna terutama buat mereka yang menjaga warga emas.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Kunyah akar, roti beku dan biskut bayi jadi trend diet di China untuk kawal selera

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Squishy dumpling nampak comel, doktor dedah bahan kimia berbahaya!

Terhangat