info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Jiran mesej nak beri lauk, wanita terkejut cuma dapat kuah sayur, tulang dan kepala ikan

Lead Image

KEGEMBIRAAN seorang wanita menerima makanan pemberian jirannya bertukar kecewa selepas mendapati lauk yang diberi hanya terdiri daripada kepala dan tulang ikan.

Menerusi satu hantaran di Threads, wanita berkenaan berkata jirannya itu pada awalnya ada memberitahu melalui aplikasi WhatsApp bahawa lauk ikan yang akan diberikan hanya tinggal bahagian kepala dan tulang.

Bagaimanapun dia sama sekali tidak menyangka pemberitahuan tersebut merujuk kepada sisa ikan yang sudah dimakan isinya.

Wanita berkenaan tidak menyangka akan diberikan sisa ikan oleh jirannya.

"Ada yang bagi kita lauk ikan hari ini. Ye dia ada cakap tinggal kepala dan tulang. Tapi saya tak terfikir yang tulang tu betul-betul tulang dan kepala.

"Sebab dia cakap lauk. Kita buka je (bekas) terus cakap, tergamaknya," tulis wanita tersebut.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan di media sosial, selain tulang ikan, wanita berkenaan turut memaklumkan bahawa jirannya turut menawarkan kuah sayur labu yang ditinggalkan di pagar rumah.

Rentetan kejadian ini, wanita itu mengakui ia meninggalkan kesan emosi mendalam buat dirinya malah berasa sangat sakit hati sehingga timbul rasa benci terhadap jirannya yang dikenali sejak tahun lalu.

MENARIK DIBACA: Takut kolesterol tinggi ketika musim raya? Boleh amalkan 5 jenis teh ini

MENARIK DIBACA: "Cara awak sarapan tu salah" - Pekena nasi lemak, roti canai... Rakyat Malaysia patut tahu reaksi dalam badan

"Hati ni sakit sangat-sangat sampai rasa nak tengok ikan ni pun benci, nak baca nama dia pun benci," luahnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-rata turut meluahkan rasa geram terhadap tindakan jiran berkenaan.

Ada yang menasihatkan wanita tersebut supaya tidak membalas perbuatan itu, selain menyarankan agar lebih berhati-hati selepas ini.

Antara nasihat oleh netizen yang meminta agar wanita terbabit mengabaikan jiran tersebut.

"Jangan balas apa tindakan dia tu. Buang terus dalam tong sampah. Kita tak tahu dia mental atau hati hitam. Hati baik takkan buat macam tu. Diam-diam buat. Lepas ni ingat. Jaga jarak. Jangan makan apa-apa dia bagi.

"Mengucap tengok orang buat macam ni. Ya tuhan, kita ni nak bagi jiran makanan yang baru masak pun tertanya-tanya sendiri.

"Mesti nak bagi yang terbaik, macam mana kita makan, macam itu jugalah kita bagi. Bukan lebihan, apatah lagi sisa macam ni," komen beberapa netizen.

Hidup berjiran seharusnya saling hormat-menghormati untuk menjaga hubungan baik.

Tidak kurang juga yang menganggap perbuatan tersebut mungkin didorong rasa tidak puas hati atau niat tertentu, malah ada yang menasihatkan wanita berkenaan supaya menjaga jarak dengan jirannya selepas ini.

Kisah tersebut turut membuka perbincangan mengenai adab berjiran, khususnya apabila melibatkan pemberian makanan. 

Bagi sesetengah orang, makanan yang diberikan kepada jiran bukan sekadar soal lauk, tetapi turut mencerminkan rasa hormat dan hubungan baik sesama jiran.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Wanita cuak rosakkan 'chopper' mak mentua, mujur ada 'hero' muncul jadi penyelamat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Makanan diet sinonim rasa hambar... Ini 10 sajian sihat sedap dimakan, tak jemu

Terhangat