info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Wanita anggap rakan lelaki bawa bekal paprik 'ditipu' isteri sendiri - "Macam masak kicap je"

Lead Image

KETIKA media sosial 'meriah' dengan topik isteri masak bekal untuk suami, seorang wanita mengundang perhatian netizen apabila dianggap ‘kepoci’ terhadap bekal rakan sekerja lelakinya.

Menerusi hantaran di Threads, wanita berkenaan mengakui musykil melihat hidangan yang dibawa rakan sekerjanya itu.

Menurutnya, 'rupa' lauk yang dibawa langsung tidak kelihatan seperti sajian sebenar paprik seperti yang dimaklumkan oleh lelaki tersebut.

Hantaran itu mencuri perhatian ramai.

“Colleague (rakan sekerja) makan bekal yang wife (isteri) berikan. Paprik katanya. Eh? Nampak macam masak kicap je.

“Bagus colleague ni. Wife kata paprik walaupun nampak macam masak kicap, dia iyakan dan makan,” ceritanya di Threads.

MENARIK DIBACA: Mahu sama macam ibu, lelaki dikecam 'demand' bakal isteri sediakan bekal - "Belum putus susu jangan kahwin"

MENARIK DIBACA: Wanita kesal guru 'larang' anak bawa bekal sebab ibu bapa murid lain mengadu tak dapat buat perkara sama

Hantaran tersebut bagaimanapun mengundang kritikan netizen apabila ramai kurang senang dengan tindakan wanita itu mempersoalkan makanan yang dimasak oleh isteri rakan sekerja.

Malah, ada yang berpendapat tidak wajar untuk dia menilai masakan orang lain hanya berdasarkan 'rupa' hidangan.

Komen netizen di laman Threads.

“Wife dia yang masak, wife dia taulah apa dia masak. So, if she says it’s paprik, it’s paprik.

“Sebenarnya sis, jangan complain masakan wife orang dan upload pula kat media sosial. Sedih hati wife-wife yang bangun awal masak untuk suami.

“Kepoci-nya colleague punya colleague tu. Tah-tah laki tu pun malas nak layan you,"  antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Tak mampu bayar sewa kedai, lelaki ini jual mi Aceh dari atas pokok

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Kentang di Korea Selatan ‘masak’ dalam tanah akibat cuaca panas ekstrem, harga sayur melonjak

Terhangat