info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

'Padah' beli cheesekut pasar malam, dapat biskut kering salut icing - "Sumpah tak halal"

Lead Image

SIKAP golongan peniaga yang hanya mengutamakan keuntungan sehingga mengabaikan kualiti makanan terus menjadi rungutan pengguna.

Kalau sebelum ini tular 'karipap inti angin' atau sandwic yang intinya cuma di bahagian tengah, sajian pencuci mulut juga boleh membuatkan pelanggan terpedaya.

Seorang wanita bengang selepas membeli sebekas cheesekut di sebuah pasar malam di Jeniang, Kedah yang disifatkan langsung tak menepati apa yang diharapkan.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi video yang dikongsikan di Threads, bahagian luar pencuci mulut tersebut kelihatan disaluti icing putih. 

Bagaimanapun apabila dipotong, isi di dalamnya didakwa hanya mempunyai beberapa keping biskut kering yang diletakkan di bahagian bawah tanpa ada lapisan krim keju seperti cheesekut yang biasa dijual.

"Memang s**l ye meniaga kek kat pasar malam Jeniang! Kau tulis cheesekut ni apa kebenda b***h?

MENARIK DIBACA: Order 50 bekas kuih raya 'homemade' nak buat goodies, peniaga bagi biskut timbang kilo

MENARIK DIBACA: Tempah bubur lambuk untuk infak, dapat nasi air! Selesai urusan, peniaga 'block' pembeli

"Cheesekut apa ni? Satu cheese pun tak ada. Kau letak icing? Sumpah aku tak halal!" tulisnya di Threads pada Jumaat lalu.

Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya turut berasa geram melihat pencuci mulut itu.

Ada yang menyifatkan ia lebih sesuai dipanggil 'biskut bersalut icing' berbanding 'cheesekut'.

Manakala ada juga yang menggesa wanita berkenaan membuat aduan kepada pihak berkuasa supaya pelanggan lain tidak menjadi mangsa seperti dirinya..

Komen netizen di media sosial.

"Seminggu dua kali pasar malam Jeniang. Simpan sis, nanti pergi bagi balik dekat dia depan orang. H*n*t betul meniaga macam tu."

"Dia jual biskut kering ke dekat pelanggan?

"Sebab tu aku dah malas beli 'dessert' dekat pasar malam. Harga bukan main mahal, tapi bila makan langsung tak rasa cream cheese pun," tulis beberapa netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Kedai nasi kandar didakwa guna taktik 'putar belit' untuk pelanggan bayar guna kod QR

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pajeri rambutan bukan menu pelik, ramai dah makan sejak kecil... Boleh juga masak kari

Terhangat