[V] Pesan ikan, ayam 'online' siap servis basuh bersih... Kecewa tengok hasil cucian
HASRAT seorangpelanggan membeli barang basah bersertaperkhidmatan cuci secara dalam talianbagi memudahkan urusan hariannya berakhir dengan kekecewaan.
Individu itu mendakwa, ayam dan ikan yang diterima selepas dua hari membuat pesanan masih memerlukan proses pembersihan semula sebelum boleh dimasak.
Menerusi Threads, wanita berkenaan mendapatkanpandangan orang ramai selepas menerima barang basah yang didakwatidak seperti diharapkan.
"Apa dosa saya. Pesan barang basah dalam talian sebab dah tak larat nak berdiri lama bersihkan.

"Cuba korang beri pendapat. Macam ini dah siap siang bersih ke? Dah boleh terus masak? Saya cerewet ke? Harap la tak ada terkena macam saya.
"Orang Johor Bahru berhati-hati," kongsi individu itu di sambil memuat naik videoayam dan ikan yang diterima.
Menurutnya, dia membuat pesanan pada pagi 11 Julai lalukerana mahu memudahkan tugas memasak.
Malangnya, pesanandidakwa tidak sampai seperti dijadualkan dan dia terpaksa menghubungipenjual bagimengetahui statuspesanan.
Sekitar jam 7 malam, pihak penjual memohon maaf dan memaklumkan penghantaran akan dibuat pada keesokan hari.
"Tak apa, saya tak berkejar. Tetapi pagi esoknya, sampai tengah hari pun belum sampai. Kemudian teringat mesej kata ada kelewatan. Saya sabar lagi," jelasnya lanjut.
Wanita itu berkata, selepas lama menunggu dan masih belum menerima pesanan, dia sekali lagi menghubungi peniaga pada waktu petang untuk bertanyaan mengenai status penghantaran.
MENARIK DIBACA:Ibu hamil cuba puasa tapi kecundang sebab 'hipo', apa perlu dimakan sejurus berbuka?
MENARIK DIBACA:Minum kopi lepas makan durian bahaya? Ini 5 kombinasi makanan sering dilarang ambil bersama
Disebabkan pesanan tidak dihantar sehingga ke malam, dia akhirnya meminta wangdikembalikan.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu penghantar memaklumkan bahawa pesanantersebut sudah mahu dihantar dan dia bersetuju untuk menerimanya.
"Runner sampai dan letak atas lantai sahaja barang basah kita. Bila saya periksa, dapat keadaan macam ini pula," katanya kecewa.
Menerusi gambar dan video dikongsikan, wanita ini mendakwa ayam diterima masih perlu dibersihkan semula sebelum dimasak malah terdapat rambut pada bekas ikan.
Wanita itu berharap pihak peniaga lebih peka terhadap perkhidmatan ditawarkan kerana pelanggan memilih servis sedemikian untuk menjimatkan masa dan tenaga.
"Kalau nak berniaga, berniaga elok-elok. Jangan sampai pelanggan berharap dapat kemudahan akhirnya perlu buat semula kerja sepatutnya sudah selesai.

"Tak reda hati saya berurusan macam ini," luahnya lagi.
Perkongsian itu menerima pelbagai pandangan daripada netizen.
Ada yang memahami kekecewaannya, tak kurang juga berpendapat pelanggan perlu melihat semula skop servis ditawarkan kerana sesetengah peniaga hanya menyediakan cucian asas bukan sedia untuk dimasak.
Kisahini menjadi peringatan kepada kedua-dua pihak yang mana pelanggan perlu memastikan jenis servis lebih jelas.
Peniaga pula perlu menjaga kualiti, kebersihan serta komunikasi supaya kepercayaan pengguna terus terpelihara.