info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pelanggan disaran elak beli minuman guna ais hancur, demonstrasi buktikan kebenaran

Lead Image

KEBANYAKAN pelanggan pasti tidak berpuas hati jika minuman yang dibeli mengandungi kadar yang sedikit meskipun saiz gelas yang digunakan adalah besar.

Dalam perkara ini, jenis ais batu yang digunakan peniaga dikatakan mempengaruhi isipadu minuman yang diterima pelanggan.

Seorang individu yang mengaku dirinya peniaga menerusi hantaran di Threads menasihati orang ramai supaya lebih peka sebelum membeli minuman.

"Sebagai seorang peniaga, saja nak berkongsi info simple ni demi manfaat pengguna.

"Kalau nak beli air di mana-mana pun elakkanlah beli daripada penjual air yang menggunakan ais hancur macam ni. Yang faham dia faham, yang tahu dia tahu," tulisnya.

Di ruangan komen, hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen mengenai prbezaan penggunaan ais hancur dan ais ketul dalam minuman.

Sebahagian daripada mereka berpendapat ais hancur menyebabkan kadar minuman yang diperoleh pelanggan menjadi lebih sedikit berbanding air batu bentuk lain.

Ramai tidak menyedari jenis ais batu digunakan juga sebenarnya boleh mempengaruhi jumlah sebenar air dalam cawan.

"Kepada penjual, tolong jual air ikhlas. Jangan tahu nak untung sampai boleh jadi riba sebab jual air mahal tapi dapat air sikit dan air batu yang lebih.

"Air yang dia bubuh dalam cawan tu tak sampai suku pun penuh dah. Kita sekali sedut saja habis airnya tinggal ais," antara komen netizen.

Sementara itu, seorang netizen menjelaskan isu yang dibangkitkan ini sebenarnya melibatkan isipadu minuman yang diisi ke dalam cawan.

"Sahabat ni nak bagi tahu isipadu air. Beza kalau guna ais hancur dengan ais baby (biasa), cawan yang sama tapi ais hancur boleh 'curi' isipadu sebenar. 

"Kira macam manipulate isipadu airlah. Untung banyak kalau guna ais hancur, itu je isunya. Soal manis ke sedap ke itu isu lain," komen salah seorang warganet.

Terdapat juga netizen yang mempersoalkan sama ada ais hancur yang digunakan benar-benar sesuai untuk dimasukkan dalam minuman.

"Penjual ais bagitau aku ais hancur digunakan untuk sejukkan ikan dan bukan untuk minum.

"Dulu-dulu masa tolong pakcik aku berniaga, ais hancur ni bukan untuk dimakan. Guna untuk simpan barang mentah macam ikan atau ayam je. Sekarang dah food grade ye? Boleh la makan?" komen seorang lagi netizen.

MENARIK DIBACA: Wanita kongsi minum air sarsi bantu legakan demam, ramai mengaku dah berzaman amal petua sama

MENARIK DIBACA: Penjelasan punca kejadian isi ayam bertukar hijau... Nampak geli tapi boleh dimakan!

Seorang individu turut berkongsi video memaparkan penjelasan seorang peniaga minuman mengenai perbezaan penggunaan ais batu biasa dan ais hancur.

Menerusi demonstrasi yang dilakukan, peniaga lelaki itu menggunakan dua gelas bersaiz 16 auns dengan memasukkan sukatan air yang sama iaitu 250 mililiter (ml).

Bagi gelas yang menggunakan ais batu biasa, keseluruhan 250ml air berjaya dimasukkan.

Bagaimanapun, apabila sukatan yang sama dimasukkan ke dalam gelas berisi ais hancur, hanya kira-kira 150ml air berjaya memenuhi ruang di dalam gelas.

Demonstrasi tersebut menjelaskan bahawa ais hancur memenuhi ruang dengan lebih padat sekali gus mengurangkan jumlah cecair yang boleh dimasukkan berbanding ais batu bersaiz lebih besar.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Kedua-duanya berasal dari akar tumbuhan, ada banyak beza antara sarsi dan rut bir

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Individu dikecam dengki warga asing isi 2 botol air wakaf masjid - "Warganegara minum segelas dua je"

Terhangat