info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kedua-duanya berasal dari akar tumbuhan, ada banyak beza antara sarsi dan rut bir

Lead Image

BUAT peminat minuman soda atau berkarbonat, perisa sarsi pasti sudah tidak asing lagi bagi diri mereka.

Nama rut bir dan sarsaparilla juga sering disebut bersama kerana kedua-duanya mempunyai ciri serupa iaitu berwarna gelap, beraroma herba serta mempunyai rasa unik tersendiri.

Tahukah anda bahawa minuman sarsi diperbuat dari akar sarsaparilla, iaitu tumbuhan yang telah lama digunakan sebagai bahan perisa dalam minuman?

Bagaimanapun, rut bir dan sarsaparilla sebenarnya bukan minuman yang sama.

Walaupun kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi penggunaan bahan berasaskan akar tumbuhan, asal-usul dan ramuan tradisionalnya berbeza.

Nak tahu apa beza sebenar antara kedua-dua minuman ini?

Jom ambil tahu asal usul dan fakta kedua-dua minuman ini:

Sesetengah resipi moden root beer turut menggunakan akar sarsaparilla sebagai salah satu bahan campuran.

Rut bir bermula dari akar sassafras

Seperti namanya, rut bir berasal daripada penggunaan pelbagai jenis akar tumbuhan dan bahan utama yang memberikannya identiti iaitu akar pokok sassafras (sassafras root).

Minuman ini mula berkembang di Amerika Utara sekitar abad ke-19 dan menjadi popular sebagai minuman herba yang kemudiannya berubah menjadi minuman berkarbonat seperti yang dikenali hari ini. 

Resipi awal root beer turut menggunakan campuran bahan seperti vanila, kayu manis, likuoris (akar kayu manis), teh hijau dan rempah lain untuk menghasilkan rasa tersendiri.

MENARIK DIBACA: [V] Jijik! Tular video tikus berkeliaran atas makanan di kedai malatang, KKM diminta ambil tindakan

MENARIK DIBACA:  Peminat BTS bangga dapat merasa sisa air dari botol diminum salah seorang anggota

Panggilan beer pula bukan bermaksud ia minuman beralkohol seperti bir. 

Istilah itu datang daripada proses pembuatan tradisional yang melibatkan penapaian tetapi kebanyakan root beer moden adalah minuman ringan tanpa alkohol.

Bagaimanapun, penggunaan sassafras asli semakin berkurangan selepas kebimbangan terhadap kandungan safrole, sejenis sebatian semula jadi dalam sassafras. 

Kini, kebanyakan pengeluar menggunakan perisa gantian bagi menghasilkan rasa yang hampir sama.

Root beer berasal daripada penggunaan pelbagai jenis akar tumbuhan dan bahan utama yang memberikan identiti kepada root beer ialah akar pokok sassafras.

Sarsaparilla pula berasal daripada tumbuhan menjalar

Berbeza dengan root beer, sarsaparilla berasal daripada akar tumbuhan sarsaparila daripada genus Smilax, iaitu sejenis tumbuhan menjalar yang berasal dari kawasan tropika Amerika Tengah dan Selatan.

Akar tumbuhan ini telah lama digunakan sebagai bahan perisa dalam minuman dan juga dalam amalan perubatan tradisional. 

Dari segi rasa, sarsaparilla biasanya mempunyai ciri lebih herba, sedikit tanah (earthy) dan berempah berbanding rut bir yang sering dianggap lebih manis serta mempunyai nota vanila.

Pada zaman dahulu, sarsaparilla juga pernah dipasarkan sebagai minuman tonik yang dikatakan mempunyai manfaat kesihatan. 

Bagaimanapun dakwaan kesihatan tersebut tidak semestinya disokong oleh bukti saintifik moden.

Kenapa ramai keliru antara rut bir dan sarsaparilla?

Kekeliruan berlaku kerana kedua-duanya menggunakan bahan tumbuhan dan mempunyai profil rasa yang hampir sama.

Malah, sesetengah resipi moden rut bir turut menggunakan akar sarsaparilla sebagai salah satu bahan campuran. 

Jadi disebabkan perubahan resipi moden, perbezaan antara kedua-duanya menjadi semakin kecil berbanding zaman dahulu.

Ada juga jenama tertentu yang menggunakan nama berbeza mengikut negara. 

Contohnya, satu minuman boleh dipasarkan sebagai root beer di sesetengah tempat tetapi dikenali sebagai sarsaparilla di negara lain walaupun formulanya hampir sama.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Pasar raya di Belanda buka kaunter khas untuk pelanggan sunyi, boleh bermesra dengan juruwang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pelanggan disaran elak beli minuman guna ais hancur, demonstrasi buktikan kebenaran

Terhangat