info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Ramai setuju kopi 'ubat' sebenar nak mudah buang air besar, bantu individu ada sembelit

Lead Image

MASALAH sembelit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya mereka yang tidak menjaga pemakanan.

Mereka yang berdepan masalah ini kebanyakannya sanggup mencuba pelbagai petua bagi melancarkan proses membuang air besar.

Satu perkongsian di Threads oleh seorang individu mencuri perhatian ramai apabila mendakwa 'ubat' sebenar untuk melancarkan sistem usus hanyalah secawan kopi.

"The real ubat untuk lancarkan berak is actually coffee," tulisnya.

Perkongsian ringkas itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Seorang netizen berkata, kopi sememangnya boleh merangsang pergerakan usus dan memberikan kesan kepada dirinya setiap kali diminum pada waktu pagi.

"Nampak macam kelakar tapi sebenarnya memang betul. Kopi boleh merangsang pergerakan kolon (saluran pencernaan). Bagi saya setiap pagi lepas minum kopi memang terus rasa nak membuang," katanya.

 Ramai sanggup mencuba pelbagai petua bagi melancarkan proses membuang air besar.

Dalam pada itu, ramai juga dalam kalangan warganet memaklumkan tentang kopi yang sering dijadikan petua ketika mengalami sembelit selepas bersalin.

"Memang betul. Kalau dalam pantang dan kena sembelit cuba minum kopi O. Itu pun dah cukup untuk membantu melancarkan sembelit. Jangan pula ambil koko atau Milo nanti lagi susah.

"Betul, lagi-lagi kalau lactose intolerant. Minum latte waktu pagi semasa perut kosong memang cepat berkesan," antara komen netizen.

Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan dakwaan tersebut.

Ada yang berpendapat minuman lain lebih berkesan untuk membantu melancarkan proses membuang air besar.

MENARIK DIBACA: Pelanggan dakwa nampak lipas dekat mesin aiskrim, Ikea ambil tindakan segera

MENARIK DIBACA: Serik masuk premis tak mesra kanak-kanak, 'owner' suka ketenangan -"Ini kafe, bukan kedai mamak"

"Bukan kopi. Milo suam yang diminum ketika perut kosong pada waktu pagi.

"Fakta. Hari itu saya terlebih makan buah naga merah. Lepas pergi tandas di tempat kerja, najis saya berwarna merah macam berdarah. Ingatkan dah kena kanser perut.

"Setiap hari pukul 5 pagi memang dah rasa nak berak. Tak perlu ambil apa-apa pun. Asalkan cukup tidur dan banyak minum air kosong," antara komen netizen.

Tidak kurang juga yang tetap mempertahankan pendapat masing-masing mengenai makanan yang dianggap paling berkesan untuk melancarkan sistem usus.

"Saya tetap dengan pendapat saya, jawapannya ialah betik," komen salah seorang warga maya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Ingatkan tak berbau tak ada masalah, ini sebab manggis dilarang masuk hotel

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Beli sisa salmon sebab murah, tak sangka sedap sangat! Wanita kongsi cara perapan

Terhangat