KUALI | Dunia

China buka kolej BBQ... Penuntut belajar teknik kawal arang, 'skill' memanggang untuk dapat ijazah

Lead Image

MUNGKIN ramai tidak menyangka bahawa dunia pendidikan kini semakin meluas dan berkembang apabila pengajian peringkat ijazah khusus dalam bidang barbeku (BBQ) ditawarkan di China.

Di wilayah Hunan, institusi dikenali sebagai Yueyang Barbecue College menerima kumpulan pelajar pertamanya pada Mac 2024 untuk mengikuti program ijazah selama tiga tahun, sepenuhnya tertumpu kepada dunia memasak secara memanggang.

Program itu wujud hasil kerjasama antara Universiti Terbuka Yueyang dan Persatuan Barbeku Yueyang sekali gus menunjukkan industri makanan jalanan di negara itu begitu serius sehingga perlu diangkat ke peringkat pendidikan formal.

Di Yueyang, aktiviti barbeku menjadi industri besar menyumbang kepada ekonomi tempatan dengan ribuan restoran beroperasi serta menjana pendapatan berbilion yuan setiap tahun. 

Dari makanan jalanan ke dewan kuliah industri BBQ di China kini diangkat ke tahap pendidikan formal.

Dalam program tersebut, pelajar bukan belajar cara membakar daging semata-mata, tetapi turut didedahkan dengan pelbagai aspek teknikal dan profesional seperti pemilihan bahan mentah.

MENARIK DIBACA: 5 cara rendahkan kandungan gula dalam nasi putih... Boleh makan tanpa risau

MENARIK DIBACA: Gulai ikan Kedah dipuji sedap, tak sama negeri lain... Orang utara dedah rempah rahsia, cara masak

Pelajar juga didedahkan dengan teknik kawalan arang dan suhu, teknik perapan, pembangunan rasa serta keselamatan makanan.

Lebih menarik, silibus pengajian itu turut merangkumi nutrisi makanan dan pengurusan restoran, menjadikan graduan juga mampu mengurus perniagaan makanan secara profesional.

Pelajar di China menyambung diploma BBQ selama tiga tahun lengkap dengan teknik memanggang profesional.

Yueyang sendiri sememangnya terkenal sebagai antara pusat BBQ utama di China dengan ribuan buah kedai menyokong industri tersebut, sekali gus mewujudkan permintaan tinggi terhadap tenaga kerja berkemahiran.

Pengenalan program itu jelas membuktikan bahawa makanan jalanan juga boleh berkembang menjadi satu bidang profesional apabila industri tersebut berkembang pesat dan memberi impak besar ekonomi kepada sesebuah kawasan.

Ia juga menjadi simbol bahawa dunia pendidikan kini semakin terbuka, di mana kemahiran praktikal seperti memasak BBQ pun boleh dijadikan laluan kerjaya serius dan berstruktur.

Dari sekadar makanan tepi jalan, BBQ di Yueyang kini sudah menjadi ilmu akademik melahirkan generasi pakar panggang profesional.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Teknik ‘no oil no butter’ jadi trend, makanan sihat dimasak influencer buat ramai terliur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Mengopi sambil jaga alam! Brazil cipta 'cawan benih', pokok tumbuh lepas dibuang atau ditanam

Terhangat