'Takut' tengok peniaga kasar jawab komen pelanggan, wanita tak jadi 'order' ayam gepuk
SELAIN kebersihan dan keenakan, peniaga dalam dunia makanan dan minuman (F&B) juga perlu mementingkan adab untuk menarik pelanggan.
Layanan yang kurang mesra atau tidak sopan bukan sahaja buat pelanggan rasa tidak selesa, malah berpotensi menyebabkan peniaga kehilangan pembeli.
Di Threads, seorang wanita berkongsi tentang cara 'admin' sebuah restoran menjual ayam gepuk menjawab komen dan kritikan pelanggannya di aplikasi Grab.

Wanita itu memuat naik tiga tangkap layar yang menunjukkan reaksi kasar peniaga dalam menjawab komen-komen pelanggan.
“Nak order ayam gepuk kat Grab tapi tengok cara 'seller' balas tak mahulah,” kongsinya.
Dalam tangkap layar pertama, seorang pelanggan memberi maklum balas kerana menerima ayam dada walaupun sudah menulis untuk tidak diberikan bahagian itu.
Pelanggan itu meninggalkan komen agak kasar di bahagian 'rating & review', "Macam h*n*t dah pesan tak nak bahagian dada".
MENARIK DIBACA: Suami jangan tahu mengarah jer! Guna cara halus ini, isteri memang ‘auto’ rajin ke dapur
MENARIK DIBACA: [V] Wanita terberanak dalam kereta ketika makan kurma, rupanya ramai ibu makan tamar nak mudah bersalin
Komen itu turut dijawab dengan kasar iaitu, 'Hang la m*sib*t lah*n*t, bahagian besar mana kami bagi bahagian dada, bahagian besar kami bagi bahagian L, kalau dapat tak betul report dekat Grab la bodoh, mak pak hang tak ajar cara tulis ka s*b*t'.
Dalam tangkap layar kedua, seorang pembeli memberi satu bintang dan menulis 'Tengok review ramai kata sedap. Cuba beli portion besar. Dah sampai dan makan, hmm tak sedap langsung, berminyak sangat, sup tu tak macam sup. Ini kali pertama dan terakhir.'

"Betul sis kalau tak kena dengan mulut jangan beli, lebih baik masak sendiri di rumah. Kadang mulut kita tak sama dengan orang. Sebab sis kata tak sedap langsung makna kata lebih baik sis masak sendiri kat rumah senang sikit, tak mau berminyak boleh guna 'air fryer' kalau tak ada boleh buat rebus, lagi sedap," demikian jawapan yang diberikan pihak restoran.
Tangkap layar ketiga pula menunjukkan seorang pelanggan menerima tempahan yang salah di mana dia diberikan nasi ayam gepuk crispy.
Kedai menjelaskan bahawa kesilapan itu berlaku di pihak rider dan mereka sudah cuba menghubungi pelanggan berkenaan tetapi tidak mendapat jawapan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menasihati wanita itu untuk melaporkan tingkah laku peniaga tersebut.
Malah, ada yang bersetuju dengan keputusannya untuk tidak membeli dari kedai itu.

"Kalau macam ni lebih baik buat laporan pada pihak berkuasa berkaitan, tutup je kedai. Tengok cara macam binatang berniaga.
"Dia penat layan pelanggan jenis banyak hal, bagi layanan baik lembut siap pakej minta maaf belum tentu pelanggan tu datang lagi.
"Samalah, saya kalau nak buat pesanan pun akan baca review. Kalau penjual respon macam ni saya tak sokong, takut," antara komen netizen.