Khairul Aming 'buat hal' lagi menjelang Ramadan, idea 'rare' operasi Rembayung jadi bualan
RAMADAN sering dianggap waktu paling sesuai untuk meningkatkan keuntungan terutama dalam kalangan peniaga makanan, namun lain pula ceritanya dengan pempengarauh dan usahawan, Khairul Aming.
Menerusi perkongsian di media sosial, Khairul memaklumkan bahawa restoran miliknya iaitu Rembayung tidak membuka slot berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
Keputusan itu dibuat bagi menjaga kebajikan pekerja selain memastikan kualiti servis dan hidangan kekal pada tahap terbaik sepanjang bulan penuh barakah.

Menurutnya, operasi Ramadan disusun dengan lebih teratur dengan hanya perkhidmatan bungkus (takeaway) ditawarkan sebelum restoran dibuka semula jam 8 malam.
"Untuk bulan puasa Rembayung akan dibuka bermula petang sehingga sahur 4 pagi. Untuk slot petang, hanya 'takeaway' dan tiada 'dine-in'.
"Slot malam akan bermula jam 8 malam bagi memberi ruang kepada staf untuk berbuka dan solat.
MENARIK DIBACA: Dah sedia nak ‘battle’? 70,000 paket produk terbaharu Khairul Aming dijangka licin
MENARIK DIBACA: 100,000 pek Rendang Nyet Berapi ‘sold out’, raih RM1.8 juta jualan
"Kita juga nak 'customers' makan dengan tenang, tak perlu 'rushing', dan lauk dapat dimasak 'fresh' panas-panas," jelasnya.
Pendekatan tersebut mendapat reaksi positif serta pujian daripada netizen yang menyifatkan Khairul sebagai majikan bertimbang rasa dan bertanggungjawab.
Malah, ada juga yang kagum dengan keputusan pempengaruh itu yang dianggap 'melawan arus' demi kebajikan pekerja.

"Tiap kali jaga bufet Ramadan, staf nak berbuka berat memang jarang. Selalunya kurma, kuih dan air. Lepas 'peak hour' baru solat, itu pun bergilir. Bila KA buat macam ni, rasa terharu.
"Berani melawan hukum alam buka kedai jam 8 malam masa bulan puasa. Klinik pun ada yang tutup. Ini betul-betul fikirkan staf.
"Ini baru betul, utamakan solat Maghrib. Ramai pergi bufet Ramadan tapi tak solat. Sia-sia puasa," antara komen netizen.
