KUALI | Trending

Bukan sekadar wangi, rupanya ada sebab lain daun bawang perai laris musim Tahun Baharu Cina

Lead Image

PERASAN tak, setiap kali tibanya musim perayaan Tahun Baharu Cina, pasti ramai masyarakat Cina dilihat berpusu-pusu membeli daun bawang?

Daun bawang yang menjadi pilihan bukanlah daun bawang biasa, sebaliknya dikenali sebagai daun bawang perai atau 'Chinese leeks', yang mempunyai saiz daun lebih besar serta batang lebih tebal.

Situasi ini sering berlaku di pasar raya dan pasar basah, sehingga membuatkan pengunjung lain tertanya-tanya mengapa sayur berkenaan sering menjadi 'buruan'.

Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna Threads, yang menceritakan pengalamannya ketika beratur untuk menimbang sayur di kaunter sebuah pasar raya.

Perkongsian seorang pengguna di laman Thread.

Menurutnya, dia ditegur oleh seorang lelaki Cina yang bertanya sama ada dia mahu membeli daun bawang tersebut.

Menariknya, lelaki itu bersungguh-sungguh 'mempromosikan' daun itu sambil berkongsi tip memasak secara ringkas bersama telur.

"Ketika sedang beratur di kaunter timbang, tiba-tiba seorang abang Cina yang beratur di belakang menegur saya.

"Siap ajar lagi cara memasaknya. Katanya, pukul telur dulu, kemudian potong-potong bahagian putih sayur tersebut dan masukkan ke dalam telur, lepas itu goreng sahaja," kongsinya.

MENARIK DIBACA: Lori durian tarikan utama bufet Ramadan Hilton PJ... Musang King, XO, udang merah semua ada!

MENARIK DIBACA: Pelanggan bayar 'air' bukan isi, Youtuber dedah taktik kotor peniaga King Crab

Selain dimasak telur dadar, ia juga sedap ditumis dan dijadikan sup bersama sos tiram dan kicap.

Tambahnya lagi, antara sebab daun bawang tersebut menjadi pilihan kerana aromanya yang harum serta ia mempunyai makna simbolik dalam budaya masyarakat Cina.

Menjengan ruangan komen, ramai netizen menjelaskan sebutan daun bawang perai dalam bahasa Mandarin membawa maksud 'mengira' atau 'kiraan', yang sering dikaitkan dengan rezeki, tuah (ong) serta kemakmuran .

Selain daun bawang Cina, netizen turut berkongsi beberapa bahan lain yang sering mendapat perhatian ketika musim perayaan ini kerana membawa maksud tuah dan keberuntungan.

Komen netizen di media sosial.

Antara bahan-bahan tersebut ialah:-

  1. Limau mandarin - melambangkan 'kam' iaitu emas dan kekayaan.
  2. Udang - melambangkan 'ha' iaitu bunyi ketawa yang dikaitkan dengan kegembiraan dan keceriaan.
  3. Abalon - menyerupai jongkong emas yang dikaikan dengan kekayaan, kemewahan dan wang.
  4. Ikan - melambangkan 'yu' iaitu lebihan rezeki dan kemakmuran
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Khairul Aming 'buat hal' lagi menjelang Ramadan, idea 'rare' operasi Rembayung jadi bualan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Ibu bapa sila sorok 3 makanan ini jika tak mahu 'sabotaj' puasa anak! Kalau simpan mesti terguna masa terdesak

Terhangat