KUALI | Pastri

Petua cek mek molek rangup di luar, lembut di dalam... Sekali gigit dah rasa nikmat

Lead Image

KELANTAN merupakan antara negeri yang kaya dengan aneka kuih dan pemanis mulut seperti lompat tikam, akok dan putu halba.

Bagaimanapun ada satu kuih tradisional tak kurang sedapnya tetapi tidak sepopular kuih lain iaitu cek mek molek.

Cek mek molek dibuat menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama dan terkenal dengan teksturnya yang rangup di luar tetapi lembut di dalam.

Menariknya, gula di dalam kuih ini akan cair apabila digoreng, menjadikan gigitan kali pertama cukup nikmat.

Menurut resipi dikongsi pengguna TikTok @afiqahh.a, tip untuk mendapatkan tekstur cek mek molek yang rangup di luar dan lembut di dalam adalah dengan menambah sedikit mentega atau marjerin ke dalam adunan.

Penambahan mentega membuatkan kuih cek mek molek lebih rangup.

Bahan-bahan

  • 5 biji ubi keledek saiz sederhana (keledek oren)
  • Tepung gandum
  • Gula
  • 2 sudu besar mentega atau marjerin

MENARIK DIBACA: Selalu makan tapi tak tahu asal usul, ini sejarah nama kuih lompat tikam

MENARIK DIBACA: Lembut berinti kelapa, kuih bunga pudak penuh nostalgia

Cara penyediaan

  1. Rebus ubi keledek sehingga empuk, kemudian tos airnya.
  2. Lenyekkan ubi keledek sehingga menjadi doh dan masukkan mentega. Gaul hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
  4. Rehatkan adunan selama kira-kira 30 minit.
  5. Ambil sedikit adunan dan leperkan. Letakkan sedikit gula di tengah, kemudian bulatkan semula adunan tersebut. Pastikan gula tidak terkeluar.
  6. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng adunan tadi sehingga garing.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan ketika masih panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

Cuma guna 4 bahan, rupanya mudah buat peniaram... Tetamu datang, hidang panas-panas

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

Tekstur agar-agar ‘perfect’ tak lembik atau terlalu keras, guna tip sukat air cara betul ini

Terhangat